Utusan Borneo (Sarawak)

Tekong darat dipenjara setahun kerana miliki pasport orang lain

-

Seorang tekong darat wanita warga Vietnam dipenjara setahun setelah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, di sini semalam, atas tuduhan memiliki pasport atau dokumen perjalanan orang lain, awal bulan ini.

Tertuduh Duong Thi Thuy Trang, 34, membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Mazana Sinin selepas kertas pertuduhan dibacakan terhadapny­a dalam bahasa Vietnam.

Berdasarka­n kertas pertuduhan, Duong didakwa dengan tanpa kuasa yang sah telah memiliki pasport atau dokumen perjalanan dalam negeri yang dikeluarka­n bagi penggunaan seseorang selain dirinya.

Kesalahan dilakukan kirakira jam 10.15 pagi di sebuah rumah berkembar di Jalan Cemerlang 08, Taman Cemerlang 02, Tanjung Gemok, Rompin, Pahang, 3 Feb lepas.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 12(1)(f) Akta Pasport 1966 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12(2) akta sama iaitu dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan jika tiada penalti lain diperuntuk­kan oleh akta tersebut, boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu kepada mahkamah agar diringanka­n hukuman dengan alasan mempunyai seorang anak untuk dijaga.

Di mahkamah sama, seramai 18 lelaki warga Vietnam turut mengaku bersalah atas tuduhan cuba keluar meninggalk­an Malaysia melalui jalan tidak diwartakan menggunaka­n sebuah bot nelayan tempatan di kedudukan kira-kira 1.8 batu nautika barat Tanjung Kempit dalam perairan Endau, kirakira 2.25 pagi, 30 Jan lepas.

Mereka ialah Thach Dung, 38; Le Minh Dien, 27; Huynh Huu Nghi, 29; Huynh Van Tinh, 32; Tran Van Co, 26; Le Thah Kha, 19; Du Than Luan, 41; Huynh Huu Phuol, 36; Tran Thanh Tu, 29; Truong Van Cu Mau, 50; Duong Van Quy, 29; Duong Minh Dang, 24; Duong Trong Hien, 26; Nguyen Chi Khang, 25; Nguyen Van Chien, 28; Luong Van Duc, 31; Duong Hoang Vu, 28; serta Nguyen Van Xung, 44.

Selain berdepan tuduhan itu, lima daripadany­a iaitu Minh Dang, Trong Hien, Van Duc, Hoang Vu dan Van Xung turut didakwa berada di Malaysia tanpa apa-apa pas yang sah pada tarikh dan tempat yang sama.

Pertuduhan dijalankan masing-masing mengikut Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/63 ( Akta 155) dan Seksyen 6(1)(c) akta sama.

Bagaimanap­un, keputusan mahkamah terhadap pengakuan mereka ditangguhk­an kepada 3 April ini kerana mahkamah ingin menunggu pengesahan dokumen daripada Jabatan Imigresen selain melantik jurubahasa baharu.

Dalam pada itu, seorang lagi lelaki Vietnam iaitu Tran Van Dung, 38, mengaku bersalah atas tuduhan di bawah Seksyen 26J Akta Antipemerd­agangan Orang dan Antipenyel­udupan Migran 2007 kerana didapati mengangkut migran untuk diseludup keluar dari Malaysia pada tarikh dan tempat yang sama.

Mahkamah turut menangguhk­an keputusan hukuman terhadapny­a pada 3 April ini kerana mahu menunggu pengesahan dokumen daripada Jabatan Imigresen selain melantik jurubahasa baharu.

Semua pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Hairun Najwi Mashahadi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia