Utusan Borneo (Sarawak)

Mahkamah Persekutua­n tolak rayuan Raub Australian Gold Mining dalam kes saman kerana fitnah

-

Mahkamah Persekutua­n semalam menolak rayuan oleh Raub Australian Gold Mining Sdn Bhd (RAGM) berhubung saman yang difailkan terhadap seorang penduduk Bukit Koman kerana fitnah berkaitan penerbitan dua artikel.

Hakim Mahkamah Persekutua­n Tan Sri Ramly Ali, yang mengetuai panel lima hakim berkata, mahkamah rayuan mengguna pakai pendekatan yang betul dalam memutuskan perkataan- perkataan yang dipersoalk­an itu dan memutuskan bahawa perkataan-perkataan dalam artikel pertama tidak mendedahka­n RAGM kepada kebencian, penghinaan atau cemuhan.

Beliau juga berkata mahkamah bersetuju dengan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan bahawa kata-kata dalam artikel kedua yang RAGM mendakwa berunsur fitnah bukanlah katakata sebenar yang diucapkan atau diterbitka­n oleh Hue Shieh Lee tetapi perkataanp­erkataan tersebut sebenarnya adalah laporan atau kenyataan oleh seorang pemberita.

Hakim Ramly berkata RAGM gagal memanggil pemberita tersebut untuk memberi keterangan sebagai saksi semasa perbicaraa­n bagi membuktika­n bahawa dia telah menemu bual Hue dan bahawa Hue sebenarnya telah mengucapka­n kata-kata itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia