Utusan Borneo (Sarawak)

APM N. Sembilan cadang tubuh pasukan CDERT di setiap DUN

-

Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Sembilan bercadang untuk menubuhkan pasukan ‘Civil Defence Emergency Response Team’ (CDERT) di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini pada tahun ini.

Pengarahny­a Leftenan Kolonel (PA) Fazlisyah Muslim berkata pada peringkat awal pihaknya bercadang agar setiap DUN itu mempunyai satu pasukan yang dianggotai 30 orang terdiri daripada kalangan penduduk setempat.

“Saya telah berbincang dengan Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun baru- baru ini mengenai cadangan penubuhan pasukan itu dan kita akan menjadikan DUN Sikamat sebagai projek perintis. Pasukan CDERT ini berperanan membantu mengurangk­an kesan terhadap sesuatu kecemasan atau bencana di peringkat awal.

“Kesiapsiag­aan terhadap sesuatu kecemasan di peringkat awal akan memberi ‘precaution’ atau ‘ preventive measure’ (langkah pencegahan) yang baik kepada agensi atau pihak yang berkenaan. Selain itu, ia akan dapat membantu jabatan berkaitan melaksanak­an tanggungja­wabnya dengan lebih berkesan semasa keadaan kecemasan atau bencana yang memerlukan perkhidmat­an APM,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Fazlisyah berkata APM akan memberi latihan dan pendedahan mengenai pengurusan bencana kepada anggota pasukan CDERT dan dijangka dalam tempoh dua atau tiga tahun lagi, semua DUN akan mempunyai pasukan ini.

Sementara itu, katanya APM Negeri Sembilan dipilih menjadi tuan rumah sambutan Hari Ulang Tahun Pertahanan Awam ke-67 2019 peringkat kebangsaan pada 24 Mac ini. — Bernama

 ??  ?? BERKONGSI IDEA: Fazlisyah ketika ditemurama­h wartawan Bernama di pejabatnya.
BERKONGSI IDEA: Fazlisyah ketika ditemurama­h wartawan Bernama di pejabatnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia