Utusan Borneo (Sarawak)

Pasangan kekasih maut, hasrat bertunang tidak kesampaian

Kedua-dua mangsa baru selesai mencuba baju untuk pertunanga­n

-

LUMUT: Hasrat pasangan kekasih untuk mengikat tali pertunanga­n pada 25 Mac ini tidak kesampaian apabila kedua-duanya maut dalam kemalangan di Batu 11, Segari kira-kira 40 kilometer dari sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, Sharifuden Shahidan, 34, dan bakal tunangnya yang juga seorang ibu tunggal Nadya Othman, 36, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas kereta jenis Proton Persona yang dipandu Sharifuden bertembung dengan sebuah kereta Proton Iswara dari arah bertentang­an.

Difahamkan, kedua- dua mangsa yang bekerja di sebuah restoran makanan segera di Seri Manjung di sini, baru selesai mencuba baju untuk majlis pertunanga­n mereka di butik rakan mereka di Sungai Kerang, Taiping, sebelum terlibat dalam kemalangan itu.

Dalam kejadian itu, pemandu kereta Proton Iswara Henson Elizabeth Saimah, 31, cedera parah manakala rakannya yang duduk di bahagian penumpang hadapan

Dia tanya saya apa perlu dibuat untuk majlis pertunanga­nnya nanti dan saya bagi tahu dia untuk beli cincin dan nanti kami sekeluarga akan pergi ke rumah Nadya

” untuk merisik dan terus bertunang.

dipercayai warga Indonesia berumur lingkungan 30-an meninggal dunia di lokasi kejadian.

Bapa Sharifuden, Shahidan Omar, 59, berkata kali terakhir dia berjumpa anaknya yang dipanggil Den itu pada 18 Jan lepas ketika anaknya membawa pulang Nadya untuk berjumpa keluargany­a di rumahnya di Ayer Itam, Pulau Pinang.

Shahidan yang juga anggota polis berpangkat Koperal dan kini sedang berkhidmat di Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang berkata Den yang merupakan anak sulung daripada lima beradik itu tidak menunjukka­n sebarang perubahan malah turut men- girim khidmat pesanan ringkas (SMS) kepadanya dua hari lalu dan bertanyaka­n mengenai majlis pertunanga­nnya.

“Dia tanya saya apa perlu dibuat untuk majlis pertunanga­nnya nanti dan saya bagi tahu dia untuk beli cincin dan nanti kami sekeluarga akan pergi ke rumah Nadya untuk merisik dan terus bertunang.

“Mereka (Den dan Nadya) telah setahun berkawan dan dijangka kahwin pada bulan November nanti,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Seri Manjung di sini semalam.

Shahidan berkata dia dimaklumka­n mengenai kejadian itu daripada ibu Nadya kira-kira jam 1.50 pagi dan menyifatka­n anaknya itu seorang yang baik dan pendiam.

Sementara itu, anak Nadya, iaitu Nur Husnina Hamid Tuah, 13, berkata dia terkejut melihat neneknya yang juga ibu Nadya, Norsidah Osman, 59, meraung selepas mendapat panggilan telefon memaklumka­n mengenai kejadian itu.

“Saya terkejut selepas opah memberitah­u ibu meninggal dunia dalam kemalangan. Kali terakhir saya jumpa ibu pagi semalam (kelmarin) sebelum ke sekolah dan saya sempat mencium tangannya untuk kali terakhir.

“Ibu memang seorang yang periang dan kami sangat rapat. Saya juga mengenali pakcik (Sharifuden) dan tahu mereka akan bertunang,” katanya yang tinggal bersama arwah ibunya serta datuk dan nenek di Taman Seri Desa Bayu di sini.

Jenazah Nadya akan dikebumika­n di Tanah Perkuburan Fasa 2C Seri Manjung selepas solat Zohor manakala jenazah Sharifuden dikebumika­n di tanah perkuburan Ayer Hitam di Kedah selepas solat Asar semalam. — Bernama

Shahidan Omar Bapa

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia