Utusan Borneo (Sarawak)

Dua lelaki ditahan dipercayai pukul pengawal keselamata­n

-

Polis menahan dua lelaki tempatan di kawasan Kulai, empat hari lepas kerana dipercayai berbabit kes memukul seorang pengawal keselamata­n rakyat Nepal, Jun tahun lepas.

Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tok Beng Yeow berkata kedua-dua suspek, berumur 22 dan 30 tahun, direman sehingga hari ini bagi membantu siasatan.

Mereka ditangkap pada jam 10 pagi di dua lokasi berasingan di Kulai berdasarka­n maklumat awam.

Kes disiasat ekoran laporan polis seorang pengawal sebuah ladang di Senai dekat Kulai yang mendakwa dipukul dua lelaki yang dipercayai sedang mabuk dengan cota milik pengawal keselamata­n itu pada 6.20 pagi, 29 Jun tahun lepas.

“Punca kejadian, suspek dikatakan tidak berpuas hati kerana pengawal keselamata­n itu tidak membuka pintu pagar ladang untuk dilalui kedua-dua suspek,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Seorang daripada suspek adalah orang yang dikehendak­i polis berhubung kes menyimpan harta curi.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabka­n kecederaan menggunaka­n senjata dan Seksyen 427 akta sama kerana khianat.

Dalam kes lain, Tok berkata pihaknya menahan sepasang suami isteri d sebuah hotel di Senai, dekat Kulai, pada kira-kira jam 11.30 pagi semalam, serta merampas sejumlah dadah bernilai RM1,750 daripada mereka.

Beliau berkata kedua-duanya, yang berumur 42 dan 17 tahun, ditahan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai, yang bertindak atas maklumat.

Mereka yang ditahan ketika berada dalam sebuah bilik di hotel itu mengaku sebaga pasangan suami isteri.

“Hasil pemeriksaa­n lanjut polis menemui lima peket plastik lutsinar setiap satunya mengandung­i dadah jenis heroin anggaran berat 16.21g dan dua peket plastik lutsinar berisi bahan hablur disyaki dadah jenis syabu anggaran berat 1.55g berada atas tilam,” katanya dalam kenyataan itu.

Tok berkata ujian saringan awal air kencing mendapat kedua-duanya positif morfin.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B, Seksyen 15(1)(a) serta Seksyen 12( 2) Akta Dadah Berbahaya 1952 — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia