Utusan Borneo (Sarawak)

Seorang maut seorang lagi cedera ditembak di Sungai Golok

-

Seorang rakyat Malaysia maut manakala rakannya cedera parah ditembak dua lelaki bermotosik­al di pekan Sungai Golok dekat Selatan Thai, malam kelmarin.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata Sulaimi Mat Ali, 54, yang berasal dari Kampung Jalan Atas Paloh di sini, meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Sungai Golok manakala rakannya, Muhammad Shahrul Aiman Mohd Abdul Aziz, 18, dari Jalan Masjid, Kota Bharu, cedera parah dan dirawat di hospital sama.

Kedua-dua mangsa dikenali melalui Pas Sempadan yang mereka pakai, katanya.

Difahamkan, kejadian itu berlaku di sebuah bengkel kereta di Lorong Pracha Ruam Jai, Jalan Prathan U, daerah Sungai Golok, Selatan Thailand, jam 8.30 malam kelmarin.

Hasanuddin berkata motif kedua-dua mangsa berada di pekan Sungai Golok itu juga belum diketahui dan pihaknya menyerahka­n kepada polis negara jiran untuk melakukan siasatan kerana kejadian berlaku di sana.

Katanya daripada maklumat tidak rasmi yang diterima, jenazah Allahyarha­m Sulaimi dibawa pulang ke negara ini oleh keluargany­a untuk dikebumika­n di sini, semalam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia