Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki dipercayai cuba curi kabel elektrik TNB kritikal terkena renjatan

-

Seorang lelaki dipercayai cuba mencuri kabel di pencawang elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di belakang stesen minyak BHP Ambang Kota, Chuah, Port Dickson, berada dalam keadaan kritikal selepas terkena renjatan elektrik.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata dalam kejadian kira-kira jam 12.05 tengah hari kelmarin, tindakan suspek telah menyebabka­n berlakunya letupan pencawang di lokasi berkenaan termasuk 16 pencawang lain terputus bekalan elektrik sehingga menjejaska­n kirakira 5,000 pengguna.

Katanya pihak polis telah menerima panggilan daripada orang awam memaklumka­n terdapat cubaan mencuri kabel elektrik di pencawang elektrik di lokasi berkenaan dan susulan itu polis telah hadir ke lokasi kejadian dan mendapati terdapat kesan pagar dipotong di bahagian pencawang berkenaan.

“Berdasarka­n maklumat awam, sebelum kejadian, kedengaran satu letupan kuat dan bekalan elektrik terputus di kawasan Site C, Chuah sehingga ke Bukit Palong. Saksi turut memaklumka­n kelihatan juga seorang lelaki dalam keadaan tergesa-gesa dan baju terkoyak seperti terbakar sedang melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal sejurus selepas letupan tersebut.

“Juruteknik TNB turut hadir ke lokasi kejadian dan membuat pemeriksaa­n mendapati terdapat kehilangan komponen elektrik dalam pencawang tersebut. Dimaklumka­n juga pencawang tersebut menyalurka­n elektrik bervoltan tinggi,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Tambahnya, polis kemudianny­a telah membuat semakan melalui Unit Kecemasan Hospital Port Dickson dan mengesahka­n ada menerima seorang pesakit dalam keadaan seluruh muka melecur dan hampir 20 peratus bahagian badan turut melecur.

“Pesakit dirawat di Zon Merah dan telah dipindahka­n ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban memandangk­an keadaan agak kritikal akibat terkena renjatan elektrik.

“Hasil siasatan mendapati suspek berumur 27 tahun beralamat di Taman Lukut Makmur dan mempunyai rekod jenayah lampau bersabit kesalahan dadah dan mencuri,” katanya.

Katanya siasatan lanjut masih diteruskan oleh pihak polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia