Utusan Borneo (Sarawak)

Samun dua beranak: Polis kenal pasti suspek

-

Polis sudah mengenal pasti suspek kejadian samun dua beranak di Kampung Chepa, di sini, Ahad lepas.

Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata suspek berusia 30-an itu adalah penduduk tempatan dan polis yakin dapat menangkapn­ya tidak lama lagi.

“Polis kini sedang membuat perancanga­n untuk menahan suspek bagi membantu siasatan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutup Program Santai Polis Kelantan, di sini, malam kelmarin.

Difahamkan, dalam kejadian Ahad lepas, seorang peniaga, Nor Baizura Othman, 29, kerugian lebih RM20,000, manakala anak perempuann­ya yang berusia setahun lima bulan cedera di telinga kiri serta mata kanan selepas disamun seorang lelaki di hadapan rumah mereka.

Dalam kejadian itu, suspek dikatakan mengacu parang di leher mangsa sebelum merampas beg tangan yang mengandung­i barang kemas dan wang tunai RM1,500.

Lebih kejam, suspek bertindak mencampak anak mangsa ke tanah menyebabka­n kanakkanak berkenaan cedera di telinga kiri dan mata kanan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia