Utusan Borneo (Sarawak)

Dua pekerja maut setiap hari dalam perjalanan pergi-balik kerja

-

Kira-kira 890 kes kematian dicatat akibat kemalangan dalam perjalanan pergi-balik ke tempat kerja pada tahun lepas, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar.

Ia menunjukka­n penurunan berbanding tahun 2017 yang mencatatka­n 924 kes kematian sama, katanya.

“Ini bermakna setiap hari purata dua orang yang pergi kerja tidak pulang semula ke rumah akibat terlibat dalam kemalangan maut,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Geran Bantuan Kewangan Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) kepada institusi dan badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) 2019 di sini, semalam.

Bagaimanap­un, kes kemalangan pergi dan balik ke tempat kerja pada tahun lepas meningkat iaitu 35,195 berbanding 33,319 pada 2017 dengan kira-kira 74 peratus daripada kemalangan itu melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal.

“Oleh itu, kita berharap lebih banyak pihak bekerjasam­a dengan PERKESO melaksanak­an program kesedaran kepada golongan pekerja, kita tidak kisah naikkan peruntukan bantuan kewangan asalkan program yang dijalankan memberi kesan positif dan boleh mengurangk­an kes kemalangan pergi-balik kerja,” katanya.

Mahfuz berkata, pada tahun ini PERKESO memperuntu­kkan Geran Bantuan Kewangan kepada 33 institusi dan NGO yang membuat permohonan melibatkan jumlah RM4,643,463.30.

Ia merangkumi 280 program seminar atau kursus, 225 program pencegahan kemalangan perjalanan, 87 khidmat runding cara, dua program penyelidik­an dan pembanguna­n serta dua penerbitan video promosi.

Antara institusi dan NGO yang menerima peruntukan itu ialah Institut Penyelidik­an Keselamata­n Jalan Raya (MIROS), Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmat­an Awam (CUEPACS).

Mahfuz menambah aktivit pencegahan pada tahun in juga akan memberi tumpuan kepada pencegahan dalam kalangan golongan pekerja muda serta pekerja asing yang juga pencarum PERKESO mula 2019. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LAWAT: Eddin (tengah) melawat ruang pameran pada Majlis Pelancaran Sambutan Hari Keselamata­n Internet (Safer Internet Day - SID) 2019 Edisi Malaysia di Lobi KKMM semalam.
— Gambar Bernama LAWAT: Eddin (tengah) melawat ruang pameran pada Majlis Pelancaran Sambutan Hari Keselamata­n Internet (Safer Internet Day - SID) 2019 Edisi Malaysia di Lobi KKMM semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? TIADA KELULUSAN: Zaki menunjukka­n salah sebuah naskah al-Quran yang tidak mempunyai ke lulusan KDN pada sesi taklimat pengenalan bahagian itu bersama media semalam. Sebanyak 178 unit Al-Quran bernilai RM23,140 dirampas Bahagian PKK KDN Kedah di sebuah stor di Sungai Petan selepas dikesan tidak mempunyai kelulusan daripada kementeria­n terbabit.
— Gambar Bernama TIADA KELULUSAN: Zaki menunjukka­n salah sebuah naskah al-Quran yang tidak mempunyai ke lulusan KDN pada sesi taklimat pengenalan bahagian itu bersama media semalam. Sebanyak 178 unit Al-Quran bernilai RM23,140 dirampas Bahagian PKK KDN Kedah di sebuah stor di Sungai Petan selepas dikesan tidak mempunyai kelulusan daripada kementeria­n terbabit.
 ?? — Gambar Bernama ?? UCAPAN: Mahfuz berucap pada Majlis Penyerahan Geran Bantuan Kewangan Pertubuhan Keselamata­n Sosial (Perkeso) kepada In stitusi dan Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) 2019 di Menara Perkeso semalam.
— Gambar Bernama UCAPAN: Mahfuz berucap pada Majlis Penyerahan Geran Bantuan Kewangan Pertubuhan Keselamata­n Sosial (Perkeso) kepada In stitusi dan Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) 2019 di Menara Perkeso semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia