Utusan Borneo (Sarawak)

LHDN lancar sistem eperolehan, portal pembekal tambah baik perkhidmat­an

-

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melancarka­n sistem ePerolehan (eP) dan portal Pembekal sebagai usaha berterusan menambah baik penyampaia­n perkhidmat­an kepada pembekal, penyebut harga atau petender yang berurusan dengan lembaga itu.

LHDN dalam kenyataan semalam berkata sistem eP itu adalah sistem pengurusan perolehan secara elektronik yang akan menjadi platform bagi syarikat untuk menyertai tawaran perolehan perkhidma- tan, bekalan atau kerja daripada LHDN.

“Perkhidmat­an yang ditawarkan melalui sistem eP LHDN merangkumi pendaftara­n atau memperbaha­rui akses, kenyataan tawaran, pembelian dokumen tawaran, penyertaan tawaran, penyerahan dokumen tawaran dan pentauliah­an perolehan sama ada secara tender, sebut harga atau pembelian terus,” katanya.

Menurut LHDN, portal Pembekal pula merupakan kemudahan tambahan (value added service) yang diberikan kepada pembekal LHDN untuk berurusan secara dalam talian berkaitan urusan kewangan dan pembayaran.

“Kemudahan ini termasuk pengemaski­nian maklumat am pembekal, penerimaan pesanan pembelian secara dalam talian, memuat naik dokumen kewangan bagi tujuan pembayaran untuk perkhidmat­an, bekalan atau kerja yang telah disempurna­kan dan semakan status pembayaran,” katanya.

LHDN berkata pengguna boleh melayari sistem eP LHDN dan Portal Pembekal di portal rasmi www.hasil. gov.my atau pautan pantas https:// www. tenderwiza­rd. my/LHDNM untuk sistem eP dan https://kewpembeka­l. hasil. gov. my untuk Portal Pembekal.

Sebarang pertanyaan berkenaan Sistem eP LHDN juga boleh diajukan melalui emel eperolehan­lhdnm@hasil.gov. my dan emel supplier@hasil. gov.my untuk Portal Pembekal. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia