Utusan Borneo (Sarawak)

Berhati-hati beli al-Quran dalam talian

-

Orang ramai diminta supaya berhati-hati jika membeli al-Quran secara dalam talian kerana ada antara naskhah itu tidak mendapat kelulusan Kementeria­n Dalam Negeri (KDN).

Pengarah Bahagian Penguatkua­saan dan Kawalan (PKK), Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) Kedah Zaki Mohamed berkata kaedah penjualan al-Quran dalam talian terutama menerusi media sosial seperti Facebook dilihat semakin berleluasa.

Beliau berkata, dalam kes terbaharu, pihaknya telah merampas sebanyak 178 naskhah al-Quran pelbagai saiz bernilai RM23,140 yang tidak ada kelulusan KDN di sebuah premis di Sungai Petani, 7 Feb lepas.

“Al-Quran yang kita rampas hasil daripada risikan pihak kita ini dijual secara meluas dalam Facebook, dan sememangny­a tidak ada kelulusan KDN,” katanya dalam sesi taklimat pengenalan bahagian itu bersama media di sini, semalam.

Zaki berkata, naskhah alQuran perlu mendapat kelulu- san KDN sebelum dijual atau diedar kepada orang ramai bagi memastikan kandungann­ya disemak terlebih dahulu untuk mengelakka­n berlakunya kesalahan termasuk dari segi ayat dan baris yang sekali gus membawa makna yang tidak tepat.

“Tidak ada kelulusan KDN ini, kita bimbang ada kandungan salah, boleh diragui. Kita nak jaga kesucian al-Quran, sebab kita pernah jumpa, bila semak terdapat kesalahan ayat dan baris termasuk ada juga gunakan (tulisan) rumi (untuk ejaan ayat al-Quran), baris atas ayat al-Quran, baris bawah rumi.

“Tulisan rumi ini tidak boleh guna untuk (ejaan) ayat al-Quran sebab pihak (Majlis) Fatwa Kebangsaan telah pun mengharamk­an penggunaan rumi dalam al-Quran…ada rumi ini kita bimbang lain sebutan membawa makna lain, lari makna,” katanya.

Sehubungan itu, Zaki momohon pembeli menyemak dahulu al-Quran yang hendak dibeli itu sama ada mempunyai cop dan hologram KDN atau sebaliknya.

Beliau berkata pihaknya juga membuat kawalan dan pemantauan pengedaran dan penjualan al-Quran di pejabat pos di negeri ini dan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamata­n (ICQS) di Bukit Kayu Hitam setiap hari.

“Di pejabat pos kita akan car bungkusan yang ada al-Quran bila kita tengok (ruangan tulis item) tulis al-Quran, kita akan buka untuk semak, bila semak tiada kelulusan KDN, kita akan rampas al- Quran tersebut Bulan Januari lepas kita telah rampas sebanyak 28 naskhah daripada pemeriksaa­n kita d pejabat pos di sini.

“Di ICQS juga kita pantau Secara purata antara 15,000 hingga 20,000 naskhah alQuran yang dicetak dari Thailand dibawa masuk (ke negara ini), dalam sekali masuk untuk jumlah tersebut. Pihak kita akan semak dahulu kandungan al-Quran itu sebelum diedar dan dijual di Malaysia,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia