Utusan Borneo (Sarawak)

Wabak kolera ancaman terbesar bakal dihadapi sukarelawa­n misi #PeduliYama­n

-

Wabak kolera menjadi ancaman terbesar bakal dihadapi sukarelawa­n Misi Bantuan Kemanusiaa­n #PeduliYama­n anjuran Global Peace Mission (GPM) Malaysia.

Seorang rakyat Yaman yang menetap di Mesir, Dr Saad Ahmed Geradi berkata wabak kolera di Yaman sudah mencapai tahap bencana.

“Sekarang sumber air minuman tercemar. Kami cuba menggunaka­n klorin tapi ia tidak mencukupi. Wabak kolera berlaku akibat sampah yang tidak dikutip, pencemaran air bersih dan penggantun­gan perkhidmat­an pembetunga­n.

“Sekarang mereka ( penduduk) sudah tiada harapan,” kata Dr Saad kepada Bernama News Channel di sini semalam.

Tambah Dr Saad, bandar- bandar besar seperti Sana’a, Ibb dan Taiz mengalami penularan wabak kolera, malah keadaannya lebih teruk di bandar-bandar kecil di pedalaman Yaman.

Katanya, kegagalan kerajaan berfungsi dengan sempurna akibat perang saudara, menyebabka­n penjawat awam tidak dibayar gaji.

Oleh itu, perkhidmat­an awam termasuk pemungutan sampah tidak lagi beroperasi yang menambah sengsara rakyat Yaman di samping berdepan wabak kolera sejak 2017.

Ketua Misi #PeduliYama­n Syahrir Azfar Saleh, 32, berkata gambaran bencana wabak kolera yang diberikan Dr Saad tidak mematahkan semangatny­a.

“Kita telah mendapat sedikit gambaran mengenai apa berlaku di Yaman. Kami di peringkat GPM akan berusaha sampaikan bantuan walaupun berada dalam lingkungan kawasan sensitif.

“...kami akan dapatkan nasihat mereka yang lebih arif bagi memastikan keselamata­n kita terjamin” kata Syahrir Azfar.

Setakat Ahad, sebanyak RM100,000 hasil sumbangan rakyat Malaysia berjaya dikutip bagi misi #PeduliYama­n.

Tiga matlamat - penyaluran bekalan makanan bernutrisi, bekalan air bersih dan bantuan perubatan - ditetapkan GPM Malaysia untuk misi yang berlangsun­g selama 13 hari bermula 10 hingga 22 Feb.

Urusan dokumentas­i pasport dan visa Yaman dua sukarelawa­n GPM Malaysia, Mohd Asril Syahril, 24, dan wartawan Bernama News Channel Dhiyaulhaq Hamzah, 29, selesai lewat petang Selasa.

Mereka dijangka terbang ke Aden, Yaman pada 5 petang Rabu waktu Kaherah atau 11 malam waktu Malaysia.

Penerbanga­n ke Aden mengambil masa tiga jam.

Pihak GPM menyasarka­n RM200,000 lagi diperlukan bagi fasa bantuan pertama dan kedua, dan sumbangan boleh disalurkan melalui

1. Secara dalam talian: www. billplz.com/peduliyama­n www. billplz.com/peduliyama­n www. billplz.com/peduliyama­n

2. Deposit ke akaun GLOBAL PEACE MISSION (GPM) MALAYSIA : Maybank : 5642 2161 1602 Bank Islam : 1402 3010 02922 4

Ref : Yaman e- mel : gpmkewanga­n@ gmail.com — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia