Utusan Borneo (Sarawak)

Kementeria­n Kesihatan tidak pernah lulus herba cegah denggi

-

Kementeria­n Kesihatan melalui Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) tidak pernah meluluskan sebarang produk herba dengan tuntutan untuk memulih dan mencegah demam denggi, zika atau chikunguny­a.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kementeria­n menerima aduan mengenai produk herba yang diiklan melalui media sosial dengan tuntutan untuk memulih dan mencegah demam denggi.

Dr Noor Hisham dalam ken- yataan hari ini menegaskan semua pengiklana­n bagi produk yang berdaftar dengan PBKD perlu mendapat kelulusan Lembaga Iklan Ubat (LIU), Kementeria­n Kesihatan sebelum disiarkan kepada orang awam.

“Tindakan undang-undang boleh diambil terhadap iklan ubat yang disiarkan tanpa kelulusan LIU di bawah Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956. Jika sabit kesalahan, individu atau syarikat terbabit boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Selain mengambil langkah pencegahan denggi yang berpunca daripada nyamuk Aedes, kementeria­n menasihatk­an orang ramai segera mendapatka­n rawatan jika mengalami gejala demam denggi seperti demam, sakit kepala, sakit sendi, ruam, loya, muntah atau gejala amaran awal seperti muntah berterusan, sakit perut atau keletihan.

Sebarang maklumat berkenaan produk ubat yang meragukan boleh disalur kepada Bahagian Regulatori Farmas Negara (NPRA), Kementeria­n Kesihatan Malaysia melalui pautan https://www.npra gov. my/ index. php/ publicenqu­iry-complaints/contactus atau menelefon talian 03 7883 5400 atau e-mel npra@npra gov.my. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia