Utusan Borneo (Sarawak)

Abdul Bari dan lima penyelamat mangsa lemas dikurnia anugerah Wira Darul Iman

-

Kerajaan Terengganu akan memberi anugerah khas kepada pemancing yang lemas semasa membantu menyelamat­kan lima sekeluarga yang terperangk­ap dalam kenderaan pacuan empat roda yang terjunam ke dalam sungai di Pulau Warisan, Jumaat lalu.

Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata anugerah Wira Darul Iman itu juga akan diberikan kepada lima lagi individu atas jasa mereka yang turut sama menyelamat­kan mangsa.

Pemberian anugerah itu diputuskan dalam Mesyuarat Mingguan EXCO semalam etelah mengambil kira jasa mereka terutama Allahyarha­m Abdul Bari Asyraf Mohd, 31, dan ia akan disampaika­n dalam Majlis Himpunan Belia dan Beliawanis Terengganu yang dijadualka­n di Stadium Negeri pada 22 Feb.

“Selain sijil penghargaa­n, kita akan beri mereka insentif kewangan sebagai tanda terima kasih rakyat dan keluarga Allahyarha­m akan diberikan sedikit kelebihan dari segi amaun bagi mengenang jasa.

“Kita harap apa yang dilakukan ini boleh menjadi pendorong dan galakan kepada orang ramai di luar sana untuk sama-sama membantu orang dalam kesulitan,” katanya kepada pemberita selepas mempengeru­sikan mesyuarat EXCO di Wisma Darul Iman di sini.

Selain Allahyarha­m Abdul Bari Asyraf, penerima anugerah lain ialah Mohammad Asadullah Jamaluddin, 28; Saiful Anuar Mohd, 37; Mohd Amiro Hafizol Zukafli, 29; Omar Abdul Aziz Othman, 27, dan Shahrul Mizan Harun, 34.

Mengulas lanjut, Ahmad Samsuri berkata kerajaan negeri juga akan meningkatk­an langkah-langkah keselamata­n di Pulau Warisan bagi mengelak kejadian malang seumpama itu berulang pada masa akan datang.

Katanya antara penambahba­ikan yang akan dilaksanak­an termasuk meletakkan papan tanda amaran keselamata­n dan benteng penahan di kawasan tebing. — Bernama

 ??  ?? BERSAMA MEDIA: Salahuddin (tiga kiri) dan Pengurus Besar See Hua Marketing Pattrik Ting (kanan) bergambar bersama pada Majlis MoA Bersama Media di Dorsett, Putrajaya kelmarin.
BERSAMA MEDIA: Salahuddin (tiga kiri) dan Pengurus Besar See Hua Marketing Pattrik Ting (kanan) bergambar bersama pada Majlis MoA Bersama Media di Dorsett, Putrajaya kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia