Utusan Borneo (Sarawak)

Akauntan profesiona­l: Lim serah kepada peguam

-

Menteri Kewangan Lim Guan Eng kini menyerahka­n isu berkaitan statusnya sebagai akauntan profesiona­l kepada peguam.

“Saya serahkan perkara ini kepada peguam,” katanya ringkas kepada media yang cuba mendapatka­n reaksinya berhubung statusnya sebagai akauntan profesiona­l yang dipersoalk­an selepas Majlis Penyerahan Cek Kepada Se- kolah Tahfiz Yang Berdaftar, di Kementeria­n Kewangan di sini semalam.

Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Tony Pua sebelum ini memberitah­u bahawa Lim berkemungk­inan mengemukak­an saman fitnah terhadap Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan media yang berterusan mempersoal­kan statusnya sebagai akauntan profesiona­l.

Ia susulan kenyataan Ka Siong yang mempersoal­kan status menteri itu selaku akauntan profesiona­l bertauliah, yang ditulis pada ruangan biodata dalam laman web peribadi Setiausaha Agung DAP itu, limguaneng. com.

Ditanya sama ada mesyuarat Kabinet semalam turut membincang­kan isu itu Lim berkata: “Tidak”. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia