Utusan Borneo (Sarawak)

Permohonan semakan semula kes saman Dr M, Khairuddin dijadualka­n semula ke 23 April

-

Pendengara­n permohonan semakan semula saman yang dikemukaka­n Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Naib Ketua UMNO Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berhubung dakwaan salah guna kuasa dalam jawatan awam, telah dijadualka­n semula ke 23 April.

Panel tujuh hakim Mahkamah Persekutua­n yang diketuai Ketua Hakim Negara Tan Sri Richard Malanjum semalam menangguhk­an perkara itu ke tarikh itu selepas membenarka­n permohonan peguam yang mewakili Dr Mahathir, Mohamed Haniff Khatri Abdulla, supaya permohonan semakan semula itu didengar pada hari yang sama dengan rayuan Ahli Parlimen Damansara Tony Pua Kiam Wee, membabitka­n isu yang sama.

Turut bersidang semalam ialah Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Ahmad Maarop, Hakim Besar Malaya Tan Sri Zaharah Ibrahim, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk David Wong Dak Wah, dan hakim- hakim Mahkamah Persekutua­n Tan Sri Ramly Ali, Datuk Alizatul Khair Osman Khairudin dan Datuk Rohana Yusuf.

Hakim Malanjum telah bertanya kepada peguam Datuk Wira Mohd Hafarizam Harun sama ada, dengan persetujua­n pihak-pihak, bolehkah beliau bersetuju dengan Mahkamah Persekutua­n membenarka­n permohonan Dr Mahathir dan Khairuddin untuk merayu bagi membolehka­n kes mereka didengar bersama-sama kes Tony Pua, atau perkara hari ini ditangguhk­an untuk menunggu sehingga Mahkamah Persekutua­n memberi keputusann­ya terlebih dahulu dalam perkara Tony Pua.

Mohd Hafarizam yang mewakili bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberiahu mahkamah bahawa beliau tidak ada menerima arahan untuk bersetuju dengan pemberian kebenaran untuk merayu dan bersetuju agar perkara itu ditangguhk­an ke 23 April.

Dr Mahathir dan Khairuddin telah memfailkan permohonan bagi semakan semula keputusan awal Mahkamah Persekutua­n menolak permohohan kebenaran untuk merayu, dalam usaha untuk mengembali­kan semula saman mereka terhadap Najib yang telah dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Dr Mahathir, Khairuddin dan bekas anggota Wanita UMNO Langkawi Anina Saadudin memfailkan saman terhadap Najib pada 23 Mac 2016, dengan mendakwa beliau ( Najib) telah menyalahgu­nakan pejabat awam dan menyelewen­g dalam tugas berhubung pengurusan dana syarikat pembanguna­n strategik milik penuh kerajaan 1MDB.

Pada 28 April, 2017, Mahkamah Tinggi membenarka­n permohonan Najib untuk membatalka­n saman itu, dengan memutuskan bahawa perdana menteri bukan penjawat awam tetapi adalah anggota pentadbira­n.

Pada 30 Ogos 2017, Mahkamah Rayuan menolak rayuan yang dikemukaka­n oleh Dr Mahathir, Khairuddin, dan Anina. Pada 27 Februari tahun lepas, panel tiga hakim Mahkamah Persekutua­n menolak permohonan kebenaran untuk merayu yang dikemukaka­n oleh Dr Mahathir dan Khairuddin.

Pada 5 November tahun lepas, Mahkamah Persekutua­n membenarka­n permohonan Pua untuk mengemukak­an rayuan berhubung samannya mengenai dakwaan salah guna kuasa yang dikemukaka­nnya terhadap Najib dan kerajaan yang telah dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi. — Bernama

Perkara ini harus dibincang dalam Mesyuarat Majlis Presiden atas semangat Pakatan

” Harapan.

Lim Guan Eng

Setiausaha Agung DAP

Katanya beliau telah membangkit­kan keperluan untuk membincang­kan perkara itu dalam Mesyuarat Majlis Presiden PH kepada Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad, yang bersetuju agar ia diadakan.

“Perkara ini harus dibincang dalam Mesyuarat Majlis Presiden atas semangat Pakatan Harapan,” kata Lim yang juga Menteri Kewangan, pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Cek Kepada Sekolah Tahfiz Yang Berdaftar, di Kementeria­n Kewangan di sini semalam.

Kelmarin, enam bekas Anggota Parlimen UMNO iaitu Datuk Seri Hamzah Zainudin (Larut), Datuk Rosol Wahid (Hulu Terengganu), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (Mersing), Datuk Shabudin Yahaya (Tasik Gelugor), Datuk Mohamad Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam) dan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz ( Tanah Merah) menerima kad keanggotaa­n BERSATU daripada Dr Mahathir.

Turut menerima kad keanggotaa­n BERSATU kelmarin ialah Ahli Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin, yang menyertai BERSATU hujung tahun lepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, yang juga Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), yang juga hadir pada majlis itu berkata, penyertaan bekas anggota UMNO ke dalam mana-mana parti PH tidak bermakna mereka ‘suci dari dosa lama’.

“Apa yang dia buat dulu walau dia masuk Pakatan Harapan dia tetap akan menanggung kesalahan yang telah dia lakukan sama ada ( mengeluark­an) kenyataan dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata sesiapa yang ingin menyertai Pakatan Harapan perlu yakin dan menerima apa yang diperjuang­kan pakatan itu.

“Ini adalah supaya tidak ada apa-apa motif lain yang memungkink­an mana-mana pihak menyoal dari segi moraliti penyertaan mereka,” katanya.

Mujahid berkata beliau yakin BERSATU telah melakukan penelitian sebelum menerima bekas anggota UMNO dan beliau turut bersetuju agar perkara itu dibincangk­an dalam Mesyuarat Majlis Presiden supaya tidak berlaku salah guna ‘lompat parti’ atas kepentinga­n lain — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia