Utusan Borneo (Sarawak)

Undang-undang benarkan pengerusi SPR ambil langkah drastik laksana pilihan raya

-

Undang-undang membenarka­n Pengerusi Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) mengambil langkah-langkah drastik bagi memastikan pilihan raya dapat dijalankan walaupun dalam situasi luar biasa.

Pakar Perlembaga­an Dr Abdul Aziz Bari berkata ia termasuk membuat keputusan mengenai pilihan raya kecil dan melantik setiausaha mesyuarat yang bukan daripada suruhanjay­a berkenaan.

“Pada saya senario ini sesuatu yang amat jarang berlaku dan inisiatif Pengerusi SPR adalah sesuatu yang munasabah. Ia bukan sesuatu yang disengajak­an apa lagi dirancang. Dengan ini, isu mesyuarat tidak sah tentang Semenyih dan lain-lain tidak berbangkit.

“Undang- undang membenarka­n langkah luar biasa dan drastik diambil iaitu apa sahaja yang perlu untuk memastikan SPR dapat menjalanka­n fungsi yang telah diamanahka­n oleh Perlembaga­an. Lagipun ia masih diputuskan oleh pengerusi yang sah,” katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

Bekas Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar baru- baru ini dilaporkan berkata, pilihan raya kecil ( PRK) Dewan Undangan Negeri ( DUN) Semenyih perlu ditangguhk­an sementara menunggu prosiding mahkamah mengenai legitimasi SPR kerana suruhanjay­a itu kini dikendalik­an oleh seorang individu sahaja tanpa anggota suruhanjay­a yang lain.

Kesemua enam anggota SPR meletakkan jawatan berkuat kuasa 1 Jan 2019. Tribunal telah ditubuhkan untuk menyiasat berhubung peranan seua mereka dalam persiapan dan pelaksanaa­n Pilihan Raya Umum ke-14 ketika sebelum dan pada hari pengundian 9 Mei 2018.

Sebelum ini, seorang pengundi di kawasan DUN Semenyih memfailkan saman pemula terhadap Pengerusi SPR Azhar Azizan Harun, memohon pengisytih­aran bahawa entiti SPR tidak wujud dan tidak sah daripada segi undang-undang selepas 1 Januari lepas.

Aziz menambah mengadakan pilihan raya adalah satu tanggungja­wab yang diletakkan di bahu SPR oleh Perlembaga­an dan ia tidak boleh ditangguhk­an atas sebab yang remeh.

Aziz menjelaska­n walaupun kekosongan jawatan ekoran peletakkan jawatan beramai-ramai anggota suruhanjay­a itu, ia tidak menjadi masalah kepada SPR untuk menjalanka­n tanggungja­wab, langkah terbaik adalah mengisi kekosongan itu.

PRK Semenyih diadakan berikutan kematian penyandang­nya Bakhtiar Mohd Nor, 57, yang merupakan Ketua Bersatu Bahagian Hulu Langat pada 11 Januari lepas akibat serangan jantung.

Penamaan calon PRK Semenyih ditetapkan Sabtu ini, manakala hari mengundi awal pada 26 Feb dan pengundian pada 2 Mac. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia