Utusan Borneo (Sarawak)

Menteri ramai ke Semenyih bukan isu

-

Kehadiran ramai menteri ke kawasan Semenyih sejak kebelakang­an ini bukanlah suatu isu dan tidak sepatutnya dikaitkan dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri ( DUN) Semenyih kerana mereka berkhidmat sepanjang masa tanpa mengira berlaku pilihan raya atau tidak.

Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata kawasan Semenyih menerima pembanguna­n pesat sejak 2008 apabila gabungan parti pembangkan­g ketika itu mentadbir kawasan berkenaan dan daerah Hulu Langat.

“Baru- baru ini Perdana Menteri beritahu, beliau terkejut Semenyih kini dikenali sebagai bandar yang hebat dengan pembanguna­n teratur dan tersusun. Kami Pakatan Harapan (PH) bermula dari 2008 mahu pembanguna­n bukan saja berpusat di bandar tetapi juga dibawa ke luar bandar supaya rakyat dapat manfaat.

“Kalau kami tak turun dulu, tak mungkin Semenyih dan Hulu Langat dapat pembanguna­n seperti ini. Mana mungkin Semenyih dapat pembanguna­n jika kita tak turun ke sini sejak 2008,” katanya ketika melancarka­n Bilik Gerakan Wanita PH bagi PRK DUN Semenyih di sini malam kelmarin. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BUKAN ISU: Azmin berucap ketika Majlis Pelancaran Bilik Gerakan Wanita Pakatan Harapan Pilihan Raya Kecil (PRK) N24 DUN Semenyih di Bandar Tasik Kesuma Beranang di Semenyih malam kelmarin.
— Gambar Bernama BUKAN ISU: Azmin berucap ketika Majlis Pelancaran Bilik Gerakan Wanita Pakatan Harapan Pilihan Raya Kecil (PRK) N24 DUN Semenyih di Bandar Tasik Kesuma Beranang di Semenyih malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia