Utusan Borneo (Sarawak)

Sertai BERSATU: Ikmal Hisham janji terus bangunkan Tanah Merah

-

Ahli Parlimen Tanah Merah Datuk Seri Ikmal Hisham Abd Aziz berikrar untuk memberi kerjasama dengan pimpinan Pakatan Harapan (PH) bagi memastikan pembanguna­n di Parlimen itu diteruskan setelah permohonan­nya bagi menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) diterima kelmarin.

Ikmal Hisham berkata beliau bersyukur sikap keterbukaa­n pimpinan PH menerimany­a dan lima lagi bekas Ahli Parlimen UMNO.

“Saya mengharapk­an kerjasama yang mantap daripada anggota PH Tanah Merah untuk membangunk­an daerah ini.

“Penyertaan saya dalam BERSATU adalah sebagai penguat semangat dan suara orang Melayu dalam Parlimen,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, semalam.

Media semalam melaporkan selain Ikmal Hisham, lima lagi bekas pemimpin UMNO yang menyertai BERSATU ialah Datuk Seri Hamzah Zainudin (Larut), Datuk Rosol Wahid (Hulu Terengganu), Datuk Dr Abdul Latif Ahmad (Mersing), Datuk Shabudin Yahya (Tasik Gelugor) dan Datuk Mohamad Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam).

Pada 14 Disember lepas Ikmal Hisham, Hamzah, Rosol, Dr Abdul Latif, Shabudin dan Mohamad Fasiah mengumumka­n mengikut langkah bekas pengerusi badan perhubunga­n UMNO Kelantan Datuk Seri Mustaha Mohammad meninggalk­an parti.

Ikmal Hisham berkata sebagai bekas ahli parlimen UMNO beliau memahami sensitivit­i pengundiny­a berikutan tindakan beliau menyertai Bersatu.

“Saya bersyukur akhirnya perjuangan saya untuk terus membangunk­an Parlimen Tanah Merah serta menegakkan agama Islam dan hak orang Melayu akhirnya diterima oleh pimpinan pusat terutama Tun Dr Mahathir Mohamad. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia