Utusan Borneo (Sarawak)

PSG serlah keupayaan untuk dinobat selaku juara Eropah

Solskjaer alami kekalahan pertama apabila United tewas 0-2 pada aksi pertama peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara

-

MANCHESTER: Pengurus sementara Manchester United ( MU) Ole Gunnar Solskjaer mengakui pasukannya ditunjukka­n bagaimana mereka masih perlu memperbaik­i diri selepas ditewaskan 2-0 oleh Paris Saint-Germain (PSG) yang dilanda kecederaan dalam perlawanan pusingan pertama peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara kelmarin.

Presnel Kimpembe dan Kylian Mbappe menjaringk­an gol dalam masa tujuh minit sejurus sebelum minit ke- 60 apabila PSG mempamerka­n keupayaan mereka untuk akhirnya menjadi juara Eropah buat pertama kali, terutamany­a apabila pemain termahal dunia Neymar dan Edinson Cavani pulih daripada kecederaan nanti.

Selepas mencatatka­n 10 kemenangan dan satu keputusan seri dalam 11 perlawanan sejak Solskjaer menggantik­an Jose Mourinho pada Disember lalu, kekalahan pertama bagi pengurus dari Norway itu adalah ujian realiti bagi kebangkita­n MU dan cabaran mereka begitu getir sekali apabila kedua- dua pasukan bermain semula untuk pusingan n kedua pada 6 Mac.

Gergasi i Inggeris itu u juga perlu bermain ermain tanpa Paul ul Pogba dalam masa tiga minggu lagi selepas dia dibuang ng padang seminit sebelum tamat untuk tuk melengka- p k a n malam y a n g b u r u k bagi pasukan ukan tuan rumah.

“Pada hari ini, kami tidak mencapai tahap sepatutnya, ini adalah tahap yang

Pada hari ini, kami tidak mencapai tahap sepatutnya, ini adalah tahap yang lebih tinggi berbanding pasukan lain yang kami pernah tentang. Kami menunjukka­n prestasi yang hebat, kami memulakan perlawanan ini dengan fikiran yang hebat, prestasi hebat, tetapi ia adalah tahap yang tinggi. ”

Ole Gunnar Solskjaer

Pengurus sementara Manchester United

lebih tinggi berbanding pasukan lain yang kami pernah tentang. Kami menunjukka­n prestasi yang hebat, kami memulakan perlawanan ini dengan fikiran yang hebat, prestasi hebat, tetapi i a adalah tahap yang tinggi,” kata Solsk- jaer.

Walaupun kebangkita­n MU diselubung­i perkara positif sejak dua bulan lalu, mereka masih ketinggala­n 14 mata di belakang pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) Manchester City dan Liverpool, dan kerja besar membina semula yang diperlukan untuk menjadikan juara Eropah sebanyak tiga kali itu sebagai pencabar sekali lagi bagi pertanding­an ini telah didedahkan.

“Kita selama ini bercakap tentang kelompok empat teratas (dalam EPL). Kelompok empat teratas adalah satu perkara tetapi kami mahu menduduki tempat teratas,” ujar Solskjaer.

“Manchester United seharusnya menduduki tempat teratas dan kami telah me- nentang pasukan terkemuka ini. Pemain kecewa tetapi saya juga rasa mereka tahu kami perlu meningkatk­an tahap kami untuk sampai ke tahap yang kami inginkan.”

PSG menunjukka­n mereka masih mempunyai banyak bakat kelas dunia walaupun ramai pemain besar tidak dapat bermain apabila MU bergelut untuk mengekang hantaran licik para pemain Thomas Tuchel di bahagian tengah dan kelajuan Mbappe dalam serangan.

Angel di Maria dicemuh bulat-bulat oleh penyokong tuan rumah selepas dia kembali ke Old Trafford setelah satu musim yang tidak menggembir­akan bersama MU selepas menandatan­gani kontrak rekod kelab ketika itu bernilai 60 juta pound (RM360 juta) pada 2014.

Namun pemain Argentina itu menutup mulut pengkritik­nya apabila dia merancang kedua-dua gol dan turut mengolok tindakan melontarny­a dengan botol bir dengan purapura meminumnya.

“Saya rasa lelaki itu sangat kompetitif, seperti semua lelaki Amerika Selatan. Jika anda mengejekny­a, ia tidak menjadikan­nya lebih lemah,” kata Tuchel.

Walaupun PSG ada masalah kecederaan, tamparan berganda turut menggegark­an MU dalam masa beberapa saat sebelum waktu rehat dan pada waktu rehat apabila Jesse Lingard dan Anthony Martial terpaksa dikeluarka­n kerana cedera untuk digantikan oleh Alexis Sanchez dan Juan Mata.

Pasukan tuan rumah tidak pernah menemui semula ketenangan mereka apabila PSG menghasilk­an persembaha­n yang menakjubka­n pada babak kedua untuk hampir menempah tempat mereka pada peringkat lapan terakhir walaupun David de Gea mempamerka­n usaha terbaik dalam gawang MU.

Kimpembe tidak dijaga langsung untuk menolak masuk bola daripada tendangan sudut Di Maria dari jarak dekat pada minit ke-53.

Gol berpasukan yang cantik kemudian menggandak­an masalah MU sejurus kemudian apabila Mbappe sekali lagi terlalu pantas bagi Victor Lindelof dan Eric Bailly untuk menyambut bola hantaran lintang rendah dari Di Maria.

“Gol pertama sentiasa penting dan cara kami dibolosiny­a adalah mengecewak­an,” ujar Solskjaer.

“Gol kedua mereka adalah kualiti. Larian yang dia (Mbappe) buat untuk memasuki kotak penalti, kepada semua penyerang yang mahu menjadi penjaring, itu adalah cara untuk memasuki kotak penalti.”

Selepas itu, hanya De Gea sahaja yang menghalang laluan pasukan pelawat apabila dia menyekat cubaan Mbappe ketika Mbappe menyerang gawang sekali lagi sebelum rembatan kencang Juan Bernat ditolak keluar.

Sebarang harapan bag kebangkita­n MU di Paris mengalami satu lagi tamparan hebat apabila Pogba dibuang dari padang pada hujung perlawanan kerana mengasar Dani Alves dengan but tinggi — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? PRESTASI HEBAT: De Gea gagal menyekat bola rembatan Mbappe (kiri) daripada menerjah jaring untuk memberikan gol kedua buat PSG pada aksi pertama peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara di Old Trafford, Manchester Selasa lepas.
— Gambar AFP PRESTASI HEBAT: De Gea gagal menyekat bola rembatan Mbappe (kiri) daripada menerjah jaring untuk memberikan gol kedua buat PSG pada aksi pertama peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara di Old Trafford, Manchester Selasa lepas.
 ??  ??
 ??  ?? SOLSKJAER
SOLSKJAER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia