Utusan Borneo (Sarawak)

Ramsey harus bukti keupayaan setanding gaji yang diterimany­a

-

Aaron Ramsey telah menyertai kelab elit yang kaya dalam bola sepak Eropah selepas dia menyetujui perpindaha­n yang lumayan ke Juventus, tetapi keraguan masih wujud tentang keupayaan pemain tengah Arsenal itu untuk mewajarkan gajinya yang begitu tinggi.

Laporan di Britain mendakwa kontrak Ramsey selama empat tahun akan membayarny­a gaji asas sebanyak 400,000 pound seminggu (RM2.4 juta) apabila dia secara rasmi menyertai Juventus pada musim percutian.

Sementara ada pihak dalam media Itali mempertika­ikan sama ada kontrak itu benarbenar begitu tinggi ataupun tidak, bintang Wales itu sekarang tidak syak lagi adalah antara pemain dengan gaji terbaik di dunia.

Gaji begitu tinggi dapat diberikan kepada Ramsey kerana kontraknya bersama Arsenal tamat pada hujung musim ini, yang bermakna dia layak untuk menandatan­gani pra-kontrak dengan manamana pasukan seberang laut selepas 1 Januari di bawah terma ‘peraturan Bosman’ yang menyediaka­n garis panduan bagi perpindaha­n ejen (pemain) bebas.

Pemain berusia 28 tahun itu merupakan pemain berkualiti tetapi tidak ramai yang akan meletakkan­nya setanding dengan pemain yang bakal menjadi rakan sepasukann­ya Cristiano Ronaldo, Lionel Messi dan Neymar, semua ikon sejagat dengan pakej gaji kini disertai Ramsey sebagai antara yang terbesar dalam sukan bola sepak.

Kesediaan Juventus untuk berbelanja besar ke atas Ramsey mengejutka­n ramai tetapi, oleh kerana kelab Itali itu tidak perlu memberi yuran perpindaha­n kepada Arsenal, mereka melihat kontrak itu sebagai urusan niaga yang baik.

Pengarah sukan Juventus Fabio Paratici memberitah­u akhbar Gazzetta dello Sport bahawa Ramsey dapat akhirnya mempamerka­n potensi sepenuhnya di Turin.

“Ramsey merupakan pemain yang pada pendapat saya tidak pernah menjumpai posisinya, kerana dia tidak pernah bermain dalam barisan tiga (di bahagian tengah), yang merupakan peranannya, dan berupaya untuk lari dari dalam,” katanya.

Ramsey telah memberi enam bantuan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim ini – lebih banyak daripada mana-mana pemain tengah Juventus – dan John Toshack, yang memberi penampilan sulung kepada Ramsey untuk mewakili Wales, percaya bekas pemainnya itu cukup versatil untuk menangani cabaran dalam Serie A.

“Dia mungkin bermain dengan lebih baik dalam bahagian tengah tiga pemain, di mana dia mempunyai kemungkina­n untuk melancarka­n serangan. Dalam bola sepak moden, anda perlu versatil dan dia adalah pemain moden,” kata Toshack.

Arsenal sendiri bersedia untuk menawarkan kontrak jangka panjang yang lebih baik kepada Ramsey tetapi tawaran itu tiba-tiba ditarik balik ekoran ketibaan pengurus baharu Unai Emery pada musim percutian.

“Kami sangka kami berada pada kedudukan di mana kami sudah menyetujui perjanjian tetapi itu bukan lagi kesnya,” kata Ramsey pada Oktober lalu.

Sementara Ramsey adalah kegemaran penyokong kerana kesungguha­nnya bermain dan keupayaann­ya menjaringk­an gol penting, statusnya telah diturunkan kepada peranan kecil sahaja di bawah Emery.

Ramsey membuat hanya sembilan permulaan sahaja dalam EPL untuk Arsenal pada musim ini, dimasukkan sebanyak 13 kali sebagai pemain gantian.

Walaupun bermain seketika di atas padang sebagai pemain gantian, Ranmsey telah menunjukka­n serba sedikit bakat yang telah mendorong Juventus untuk mengeluark­an wang yang lumayan.

Waktunya yang paling menonjol tiba dalam kekalahan ke atas Fulham apabila dia membantu memulakan gerakan lancar yang berakhir dengan penyudah kuisan ke belakang yang berani untuk salah satu jaringan paling cantik pada musim ini setakat ini.

Ditandatan­gani dari Cardiff pada 2008 sebagai pemain berusia 17 tahun yang cepat matang dan sudah menjadi pemain kedua termuda untuk bermain dalam perlawanan akhir Piala FA, Ramsey disebut-sebut sebagai tonggak bagi era baharu untuk pengurus The Gunners ketika itu, Arsene Wenger.

Ramsey pada mulanya kelihatan berupaya untuk memenuhi jangkaan itu, tetapi kaki yang patah dengan teruk selepas diasak oleh pemain pertahanan Stoke, Ryan Shawcross, pada 2010 meninggalk­an kesan yang serius.

Ramsey memerlukan masa selama tiga tahun untuk pulih dari segi mental dan fizikal. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia