Utusan Borneo (Sarawak)

Liga Europa: Kunjungan Chelsea ke Sweden ada kepentinga­n tambahan buat Sarri

-

Liga Europa mungkin bukan keutamaan tertinggi Chelsea pada musim ini, tetapi dalam keadaan semasa, perlawanan pusingan pertama peringkat 32 terakhir pada malam ini (Khamis) di tempat lawan menentang Malmo di Sweden ada kepentinga­n tambahan bagi pasukan Maurizio Sarri.

Pembabitan pengurus dari Itali itu di Stamford Bridge mungkin tidak akan lama ekoran kekalahan 6-0 yang memalukan Ahad lepas di Manchester City, kekalahan terbesar mereka dalam tempoh 28 tahun dan juga kekalahan keempat berturut- turut di tempat lawan bagi mereka.

Namun Sarri masih ada di sana buat masa sekarang sementara kelab London itu meneruskan siri perlawanan yang meletihkan – dua pusingan perlawanan menentang Malmo berlangsun­g sebelum dan selepas perlawanan pusingan kelima Piala FA menentang Manchester United.

Satu lagi pertemuan dengan City dalam perlawanan akhir Piala Liga menyusul selepas itu.

“Ia adalah sukar untuk menerima kekalahan yang begitu besar, tetapi kami ada banyak perlawanan yang akan datang untuk mengangkat kepala kami dan memberi harapan kepada kami untuk keputusan yang bagus pada hujung musim ini,” kata pemain tengah Perancis N’Golo Kante kepada Chelseafc.com selepas perlawanan Ahad lepas.

Chelsea mara dengan mudah dari kumpulan mereka walaupun Sarri kerap tidak menurunkan pemain utamanya, dan dia mungkin akan menggilirk­an pemain lagi di Sweden.

Memandangk­an ini adalah musim percutian di Sweden, Malmo – yang dibimbing oleh bekas penyerang Manchester City dari Jerman, Uwe Roesler – belum bermain dalam perlawanan kompetitif sejak hujung peringkat kumpulan pada Disember lalu.

Bagi Chelsea dan musuh tetangga mereka di London, Arsenal, kebangkita­n Manchester United sejak beberapa minggu lalu meningkatk­an lagi keperluan untuk terus berusaha dalam Liga Europa – kemenangan dalam perlawanan akhir di Baku pada Mei mungkin masih harapan terbaik mereka untuk layak ke Liga Juara-Juara pada musim akan datang.

Arsenal bimbingan Unai Emery berada di Belarus untuk menentang BATE, sebuah lagi kelab yang belum bermain bola sepak kompetitif sejak peringkat kumpulan berakhir.

Kelab yang sudah memenangi 13 kejuaraan kebangsaan terakhir, tetapi tewas di halaman sendiri dan di tempat lawan kepada Chelsea pada fasa kumpulan, dijangka tidak akan dapat menandingi kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu dalam dua pusingan bagi perlawanan yang akan menyaksika­n Alexander Hleb menentang kelab lamanya.

Sekarang berusia 37 tahun, Hleb kembali di BATE untuk satu lagi cabaran. Dia menghabisk­an masa selama tiga tahun di Arsenal sebelum dia menyertai Barcelona pada 2008.

Perlawanan paling menarik pada pusingan ini berlangsun­g di tempat lain, dengan Celtic yang menghadapi ujian getir menentang Valencia apabila kedua-dua pasukan bertemu pada pusingan pertama di Glasgow.

Valencia gagal melepas peringkat kumpulan dalam Liga Juara-Juara tetapi tewas hanya sekali sahaja dalam sembilan perlawanan dalam La Liga, dan pengurus Celtic Brendan Rodgers berkata kesabaran adalah penting.

“Itu adalah fahaman mengenai perlawanan itu. Kita menentang pasukan yang bagus. Valencia hanya teas empat kali sahaja sepanjang musim dalam salah satu liga terbesar d Eropah,” kata Rodgers dalam laman sesawang rasmi kelab — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia