Utusan Borneo (Sarawak)

Jalil tetap yakin kemampuan anak buah

Perlawanan persahabat­an hanya pemanas badan, segala kelemahan perlu diperbaiki segera

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari

MIRI: Meskipun kalah tiga kali berturut-turut dalam perlawanan persahabat­an menjelang kempen Piala Presiden 2019, Ketua Jurulatihn­ya Abdul Jalil Ramli tetap yakin dengan kemampuan anak buahnya.

Beliau berkata perlawanan persahabat­an itu hanyalah sebagai latihan pemanas badan dan segala kelemahan yang dikesan dalam ketigatiga perlawanan itu perlu diperbaiki segera.

“Kita telah mencapai misi dalam perlawanan persahabat­an ini iaitu menguji tahap kecergasan pemain, mengesan kelemahan segenap penjuru dan mencuba beberapa kombinasi tektikal pemain,” katanya kepada Utusan Borneo malam kelmarin.

Jalil berkata paling ialah usaha untuk mewujudkan persefaham­an dalam pasukan sebelum perlawanan menentang PNKP FC di laman sendiri, 21 Februari nanti.

“Kita juga telah mengesan pemain yang akan diletakkan dalam kesebelaha­n utama serta paling penting

Kita telah mencapai misi dalam perlawanan persahabat­an ini iaitu menguji tahap kecergasan pemain, mengesan kelemahan segenap penjuru dan mencuba beberapa kombinasi tektikal

” pemain.

Abdul Jalil Ramli

Jurulatih Skuad Piala Presiden Sarawak

memperbaik­i kelemahan dan kelebihan di bahagian pertahanan dan serangan,” jelasnya.

Jalil optimis bahawa anak buahnya mampu mencipta kemenangan pertama pada kempen Piala Presiden yang akan menyingkap tirainya 21 Februari ini.

“Kekalahan pada perlawanan persahabat­an tidak mematahkan semangat pasukan kerana kita perlu realistik bahawa perlawanan sebenar nanti akan menjadi misi penting pasukan,” jelasnya.

Jalil turut berterima kasih kepada pihak pengurusan skuad muda Sarawak itu dalam menjayakan perlawanan persahabat­an di Kuala Lumpur.

“Perlawanan menentang tiga pasukan dalam tempoh yang amat singkat bukan hanya menguji tahap kecergasan pemain tetapi juga memberi pengalaman kepada keseluruha­n pasukan,” ujarnya.

Skuad muda Sarawak itu tewas kepada skuad Piala Presiden Selangor 1-0 (perlawanan dihentikan akibat hujan lebat), Syarikat Air Melaka (SAMB) 3-2 dan RAMD FC Melaka juga dengan keputusan 3-2.

Pasukan itu akan berangkat pulang ke Miri bagi majlis memperkena­lkan barisan pemain Piala Presiden 2019 di Bintang Mega Mall pada Ahad ini jam 1.30 petang.

Selepas itu pasukan akan menjalani latihan fasa terakhir sebagai persiapan men- jelang perlawanan sebenar kempen itu nanti.

Jalil menyeru semua peminat bola sepak tempatan hadir ke Stadium Miri pada 21 Februari ini bagi memberi sokongan moral kepada Sarawak menghadapi PNKP FC.

 ??  ?? GALI PENGALAMAN: Kelihatan kesebelasa­n pemain skuad muda Piala Presiden Sarawak menguji pasukan RAMD FC di Melaka petang kelmarin yang menyaksika­n skuad Sarawak tewas 3-2 .
GALI PENGALAMAN: Kelihatan kesebelasa­n pemain skuad muda Piala Presiden Sarawak menguji pasukan RAMD FC di Melaka petang kelmarin yang menyaksika­n skuad Sarawak tewas 3-2 .

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia