Utusan Borneo (Sarawak)

Saksikan 11 aksi skuad muda Piala Presiden Sarawak di Stadium Miri

-

Peminat bola sepak tempatan dipelawa hadir beramai-ramai bagi menyaksika­n 11 perlawanan skuad muda Piala Presiden Sarawak di laman sendiri bermula 21 Februari ini.

Pengurus Skuad Piala Presiden Sarawak Nazri Datuk Ahmad Lai berkata, skuad muda Sarawak akan menentang PKNP FC di Stadium Miri pada perlawanan pertama.

Selepas itu, anak-anak buah Abdul Jalil Ramli itu akan menentang AMD U17 pada 28 Februari, melawan Kelantan 6 Mac seterusnya TFC II pada 11 Mac.

Nazri menambah, skuad muda Sarawak kemudian akan menentang skuad Kuala Lumpur pada 30 Mac, PKNS FC (22 April) dan Melaka (29 April).

Seterusnya, tuan rumah akan melayan kunjungan Perak (17 Jun), Felda United ( 20 Jun), Negeri Sembilan (27 Jun) dan perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang PDRM (11 Julai).

Nazri berkata semua perlawanan Sarawak di Miri itu akan berlangsun­g di Stadium Miri dan bermula jam 4.15 petang.

“Kita mempelawa semua peminat bola sepak khasnya Miri datang ke Stadium Miri pada semua perlawanan bagi memberi sokongan moral kepada skuad muda Sarawak,” katanya.

Miri katanya terpilih menjadi tuan rumah bagi Piala Presiden 2019 dan ia adalah satu penghargaa­n yang diberikan pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS).

“Memandang ini adalah julung kali kita menjadi tuan rumah, sudah pasti kita ingin mencapai kedudukan lebih baik musim ini dengan semangat Ngap Sayot Junior,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia