Utusan Borneo (Sarawak)

Sibu dijangka jadi tuan rumah Sukan Olimpik Khas Sarawak pada 2020

-

Sibu dijangka menjadi tuan rumah penganjura­n Sukan Olimpik Khas Sarawak pada 2020.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, sehubungan itu Olimpik Khas Cabang Sibu kini perlu merancang dan membuat persiapan dalam menganjurk­an sukan berkenaan.

“Sukacitany­a saya ingin maklumkan, jika tiada sebarang halangan maka Sukan Olimpik Khas yang akan datang diadakan di Sibu pada tahun 2020.

“Seperti yang dibuktikan oleh Cabang Kuching, saya yakin Cabang Sibu akan memikul tanggungja­wab ini dengan penuh semangat dan komitmen tinggi demi memartabat­kan Sukan Olimpik Khas di Sarawak khasnya dan Malaysia amnya,” katanya.

Beliau berkata demikian melalui teks ucapannya yang dibacakan Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis sempena pelancaran Program Pembanguna­n Sukan Orang Kurang Upaya (OKU) dan penyampaia­n Cek dan Sijil Penghargaa­n kepada Atlet dan Pegawai program di sini, semalam.

Mengulas mengenai program Pembanguna­n Sukan OKU, pihak kementeria­nnya kata Fatimah mengadakan perbincang­an bersama Bahagian Paralimpik di Majlis Sukan Negara (MSN) Malaysia awal tahun ini.

Katanya kementeria­n difahamkan bahawa MSN Malaysia akan membantu program pembanguna­n OKU dalam sukan.

“MSN Malaysia akan membantu untuk membayar jurulatih sepenuh masa, jurulatih separuh masa dan penggerak yang dilantik secara rasmi untuk mengendali latihan di Kuching.

“Selain daripada itu, alat sukan yang asas juga akan dibekalkan berasaskan permohonan pihak kami. Pihak MSN Malaysia juga akan membantu atlet OKU Sarawak yang layak ke sirkit-sirkit dengan tajaan beberapa tiket penerbanga­n,” tegasnya.

Fatimah turut memberitah­u 12 pusat latihan (satu di setiap bahagian) akan ditubuhkan d Sarawak untuk memperkena­lkan aktiviti rekreasi dan sukan kepada OKU menjadi atlet.

Katanya pusat ini akan ditentukan di bandar yang berpotensi semasa program jerayawara dan dua penggerak terlatih akan ditugaskan untuk mengendali aktivit di pusat latihan pelapis yang ditubuhkan.

“Mereka akan melapor kepada Unit Pembanguna­n OKU di kementeria­n kami,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia