Utusan Borneo (Sarawak)

Liga Boling: PSKPP atasi Landas 18-2

-

PSKPP memulakan kempen Liga Trio Korporat Megalanes Sarawak dengan mencatat kemenangan besar 18-2 mengatasi Landas pada Jumaat lepas.

CJ7 berada di posisi kedua selepas menumpaska­n Perumahan 17.5-2.5 manakala juara bertahan, UG KPA tewas 12.5-7.5 di tangan Special Squad RMP untuk naik ke tangga ketiga.

RATS yang diwakili Radio Televisyen Malaysia (RTM) turut cemerlang apabila berjaya menundukka­n EVO dengan 13-7.

X-Men Bowlers dan Imigresen Charrott Charrott pula masing-masing menduduki tempat kelima dan keenam selepas seri 10-10.

Sementara itu, Romel Marcoco daripada Imigresen Charrott Charrott mencatat jatuhan 252 pin untuk mendahului dalam kategori ‘Individual High Game’, disusuli William Muge daripada PSKPP di tempat kedua.

Bagaimanap­un, William mengumpul 847 pin dalam empat pusingan untuk mengetuai kategori ‘ Individual High Series’ sambil dicabar Sidek Rashid mewakili CJ7.

Sementara itu, Special Squad RMP tidak membuang masa dengan mendahului kedua-dua kategori ‘Team High Game’ dan ‘Team High Series’.

Manakala Charrott Charrott dan PSKPP di kedudukan kedua.

 ??  ?? HEBAT: Pemain PSKPP (dari kiri) William Muge, Innal Yassin dan Alexander Tow.
HEBAT: Pemain PSKPP (dari kiri) William Muge, Innal Yassin dan Alexander Tow.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia