Utusan Borneo (Sarawak)

Pemain Sarawak diminta tingkatkan prestasi, kekalkan momentum: Hamzah

-

PengurusSa­rawak Hamzah Ibrahim mengingatk­an pemain skuad itu agar tidak terus dibuai mimpi susulan kemenangan sulung ke atas Pulau Pinang dalam aksi Liga Premier pada minggu lepas.

Sebaliknya, beliau mahu pemain meningkatk­an prestasi dan mengekalka­n momentum serupa dalam setiap perlawanan kerana saingan masih jauh untuk diharungi.

“Kita perlu mengekalka­n momentum dan fokus dalam setiap perlawanan untuk terus memberikan saingan.

“Kemenangan pertama ke atas Pulau Pinang satu permulaan positif bagi kita dan saya mahu apa yang ditunjukka­n pemain tempoh hari diteruskan dalam perlawanan seterusnya,” katanya semalam.

Hamzah dalam pada itu memuji persembaha­n pemain terutama pemain muda yang diturunkan pada perlawanan minggu lepas.

Jelasnya, karektor ditunjukka­n jentera muda pada perlawanan itu wajar diberikan pujian kerana mampu men- cabar pemain yang jauh lebih berpengala­man.

“Mereka bermain dengan begitu yakin sekali walaupun ada yang pertama kali diturunkan dalam perlawanan kompetitif.

“Saya cukup tertarik dengan persembaha­n mereka namun berharap mereka akan sentiasa konsisten dalam setiap perlawanan,” tegas Hamzah lagi.

Sarawak akan meneruskan kempen Liga Premier 2019 menentang Selangor United di Stadium Majlis Perbandara­n Selayang pada Sabtu ini.

Justeru, Hamzah berharap warga Sarawak yang berada d Lembah Klang turun beramairam­ai memberikan sokongan kepada skuad Ngap Sayot.

Skuad kendalian Mohd Farhan Abdullah itu sedang menduduki tangga kelima dengan mengumpul tiga mata setakat ini.

 ??  ?? BERBAKAT: Gambar fail aksi cemerlang pemain bek muda Sarawak, Stevenson Unggah (kiri) ketika perlawanan menentang Pulau Pinang Sabtu lalu.
BERBAKAT: Gambar fail aksi cemerlang pemain bek muda Sarawak, Stevenson Unggah (kiri) ketika perlawanan menentang Pulau Pinang Sabtu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia