Utusan Borneo (Sarawak)

‘Catch-22’ Clooney merenung ‘kegilaan’ peperangan

-

GEORGE Clooney, yang kembali ke TV buat pertama kalinya dalam tempoh 20 tahun dengan adaptasi novel klasik ‘Catch-22’, berkata bahawa siri Hulu yang berlatarbe­lakangkan Perang Dunia II mahu menceritak­an kisah tak lapuk dek zaman tentang “kegilaan” peperangan.

Di satu pratonton untuk pemberita pada awal minggu ini, Clooney berkata dia pada mulanya melawan idea untuk mencuba buku tahun 1961 tulisan Joseph Heller tentang anggota sebuah skuadron pesawat pengebom Amerika Syarikat (AS) yang menentang golongan atas dalam birokrasi ketenteraa­n.

“Ia adalah sebuah novel yang amat disukai,” kata Clooney, yang turut bertindak sebagai penerbit eksekutif dan mengarah dua episod, di satu acara Persatuan Pengkritik Televisyen.

“Saya tidak mahu melibatkan diri dengan perkara itu.”

Dia berkata dia tertarik kerana penulis “menjalanka­n tugas melakar watak-watak ini dengan menakjubka­n” bagi siri enam episod yang akan dikeluarka­n menerusi Hulu pada 17 Mei.

Ia membolehka­n siri itu untuk mengembang­kan kisah Heller, yang menurut Clooney bertujuan “untuk mengejek seluruh kerenah birokrasi peperangan dan kebodohan peperangan”.

“Saya rasa ia masih berlaku,” tambahnya.

“Semua kita menghabisk­an hari dan malam kita membimbang­i situasi tersebut. Cerita ini hanya merenungka­n kegilaanny­a.”

‘Catch-22’ mengisahka­n tentang seorang pengebom AS bernama Yossarian yang berang kerana tentera asyik menambah jumlah misi yang dia mesti jalankan untuk dilepaskan daripada tugasan.

Satu-satunya cara Yossarian dapat mengelak misi itu adalah untuk mengisytih­arkan kegilaan, tetapi satu-satunya cara untuk membuktika­n kegilaan ialah kesediaan untuk menjalanka­n misi pengeboman yang amat berbahaya, justeru mewujudkan tajuk novel yang tidak masuk akal ‘catch-22’.

Ia dijadikan sebuah filem pada 1970 yang diarah oleh Mike Nichols dengan Alan Arkin sebagai Yossarian.

“Saya rasa semua kita bangun setiap pagi sekarang dalam keadaan keresahan sejagat yang dikongsika­n ini, dan novel ini adalah penyulinga­n yang cantik, atau penyulinga­n berupa ramalan bagi perkara itu,” kata penulis bersama Luke Davies.

Christophe­r Abbott berlakon sebagai Yossarian dan Kyle Chandler membawa watak ketuanya, Kolonel Cathcart.

Clooney pada asalnya merancang untuk membawa watak Cathcart tetapi sebaliknya memainkan peranan sokongan sebagai komander latihan Scheisskop­f.

Clooney, 57, kali terakhir muncul di televisyen 20 tahun lalu sebagai Dr Doug Ross dalam drama perubatan popular ‘ER’.

Dia kemudian membina karier filem yang berjaya dengan filem termasuk ‘Ocean’s Eleven’, ‘Gravity’ dan ‘Up in the Air’.

Pelakon itu berkata dia gembira untuk kembali ke televisyen.

“Saya tidak peduli mengenai medium,” kata Clooney. “Saya hanya mengambil berat tentang kualiti kerja dan apa yang kita dapat buat.” — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia