Utusan Borneo (Sarawak)

Perkenal tokoh wanita berjaya dalam ‘Sufiyah’ musim kedua di

-

BELIAU pernah bertugas sebagai pensyarah di sebuah universti di Amerika Syarikat dan yang mengujakan, beliau juga berpengala­man membuat kajian mengenai tumbuhan dan menghantar ke orbit ketika menjadi saintis dan bertugas dengan NASA.

Pada masa ini, beliau dan pasukannya sedang membuat kajian berkaitan banjir yang menjadi fenomena kepada Malaysia. Kunci kejayaanny­a sebagai seorang saintis adalah kesabaran kerana setiap kajian memerlukan tempoh yang lama sebelum mengecapi hasilnya.

Kisah inspirasi Dr. Wan Wardatul Akmal Wan Salim, seorang saintis Malaysia antara perkongsia­n menarik dalam program terbaharu ‘Sufiyah’ musim kedua, sedang bersiaran setiap Ahad, jam 9.30 pagi di TV Okey (Astro 109).

Ikuti temu bual bersamasam­a tokoh usahawan wanita berkaliber yang berjaya dalam bidang masing-masing dan ada juga perkongsia­n mengenai pengalaman dalam perniagaan yang dijalankan.

Menampilka­n hos Anis Al Idrus, sepanjang 13 episod program ini dibahagika­n kepada tiga segmen iaitu Inspirasi Maya, Anggun dan Sihat, dan Ikon.

Ianya pasti dapat memberi suntikan inspirasi kepada setiap wanita yang bercita-cita tinggi dan memasang impian berjaya dalam apa juga bidang diceburi.

Paparan dalam segmen Inspirasi Maya bermula dengan membicarak­an mengenai perkhidmat­an bergerak SPA dan ‘facial’ di rumah bersama dengan Mawar Sabri (pengasas Mawardah Beauty Cartel), Normadora Mohd Nor (pemilik Syarikat Angsa Emas Sdn. Bhd.) berkenaan dengan barang-barang kemas dan aksesori wanita.

Episod berikutnya bersama-sama pemilik Modvier seorang pereka fesyen yang telah memasarkan pakaiannya melalui muka buku miliknya, Datin Seri Nur Shahida (pemilik D’ Herb), Norhayati Zainol (jurutera minat memasak / memiliki 200 ribu pengikut di instagram), Hana Afiqah (pemilik Zashomebak­er), Tanti Mastura (pemilik Tanties Pekasam), Siti Nurfarahai­n (pengasas make-up School by Siti Nurfarahai­n), Siti Aishah (pengasas Muka Macaron), Shuhadah Samsudin (pemilik Semeliang Agro Farm), Noor Azlin Hamzah (pemilik Onstage Production), Noor Shahirah Mohd Azam (pemilik Kiera Cat Kingdom), dan Norela Ulis (pakar solekan khas).

Istimewa menerusi segmen Anggun dan Sihat membawa kepada soal penjagaan gigi yang sihat khusus kepada wanita mengandung bersamasam­a Dr. Jannah, Bani (jurulatih aquarobik tentang senaman kepada mereka yang mempunyai masalah tulang dan saraf), Farah Ain Mohd Azmi (pengamal Muay Thai), Sandralekh­a Shanmugan (pemain bola jaring kebangsaan), dan Amyra (jurulatih senaman ‘crossfit’).

Sementara itu dalam segmen sama turut menemubual Siti Najwa (seorang ahli fisioterap­i), Aina (pengamal kecantikan), Dr. Se Jean Sean (pakar Kiroprakti­k), Ekin (pemilik Gold Mask Theraphy SPA), Balqis (mengajar senaman membakar lemak), Datin Ima (pengasas Zarraz Medical SPA) dan Baidurah (pakar pemakanan).

Menarik dalam segmen Ikon perkongsia­n tentang hiasan dalaman rumah atau bangunan bersama Zarina Abdul Aziz, Ernayanee Julaimi (pemilik syarikat minyak wangi De’Xandra), Dato’ Ida Suraya (pemilik Bianco Mimosa), Mazlina Kamarudin (pemilik Syarikat Ayam Bismi), dan Hotijah Shahbudin (ikon pertanian).

Inspirasi kejayaan juga diberikan oleh Safiyyah Osman (pengusaha kosmetik), Tunku Syazwan Kaiyisah Kamil Ikram, (pengasas bersama kosmetik halal melalui Syarikat Prettysuci), Norain Mohd Said (pemilik Norah Wax), Fatimah Syaha Mohd Noordin (pendakwah bebas, novelis dan pengurus sebuah syarikat), Dr. Suraya Ariffin (sukarelawa­n Pertubuhan Bukan Kerajaan iaitu Wasilah Insaniyah) dan Dr. Wan Wardatul Akmal Wan Salim (Saintis Malaysia).

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my).

Selain itu, rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasiny­a di Google Play dan App Store.

 ??  ?? WANITA CONTOH: Anis Al Idrus (kiri) bersama dengan pengasas Mawardah Beauty Cartel.
WANITA CONTOH: Anis Al Idrus (kiri) bersama dengan pengasas Mawardah Beauty Cartel.
 ??  ?? KONGSI KEJAYAAN: Temu bual bersama-sama Mazlina Kamarudin (pemilik Syarikat Ayam Bismi).
KONGSI KEJAYAAN: Temu bual bersama-sama Mazlina Kamarudin (pemilik Syarikat Ayam Bismi).
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia