Utusan Borneo (Sarawak)

Rempuhan di Nigeria ragut 14 nyawa

Insiden ketika rali kempen Buhari menjelang pilihan raya presiden pada Sabtu ini

-

ABUJA: Beberapa orang terbunuh pada Selasa apabila rempuhan meletus dalam rali kempen Presiden Nigeria Muhammadu Buhari beberapa hari lagi menjelang pilihan raya, kata pejabatnya.

Presiden “telah dimaklumka­n mengenai kematian tragik beberapa anggota parti beliau, Kongres Progresif Semua (APC), dalam rempuhan semasa satu rali presiden yang diadakan di Port Harcourt di Rivers State,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n pada lewat Selasa.

Media tempatan melaporkan keadaan panik berlaku pada penghujung perhimpuna­n, diadakan di dalam Stadium Adokiye Amiesimaka, ketika orang ramai cuba memecah masuk sebuah pintu kecemasan yang berkunci.

“Mereka dari belakang telah menolak-nolak dan memberi tekanan terhadap mereka yang berada di depan menyebabka­n beberapa orang terjatuh ke atas lantai dan dipijak,” kata wartawan Egufe Yafugborhi dari akhbar Vanguard.

Insiden tersebut meragut sekurang-kurangnya 14 nyawa, menurut seorang jurucakap dari University of Port Harcourt Teaching Hospital.

“Terdapat beberapa orang lain mendapat rawatan perubatan di Unit Kecemasan, maka kami tidak dapat memberi satu jumlah yang jelas mengenai situasi pada masa sekarang,” Kem DanielEleb­iga memberitah­u AFP.

Pilihan raya pada Sabtu ini di negara paling ramai penduduk di Afrika akan melihat Buhari bertanding bagi penggal kedua selama empat tahun menentang bekas timbalan presiden Atiku Abubakar dalam apa yang dijangka sebagai persaingan sengit.

Sejak beberapa minggu lepas, ketegangan telah meletus antara APC dan parti pimpinan Abubakar, Parti Demokratik Rakyat (PDP).

PDP telah menuduh kerajaan cuba untuk menipu undi sementara APC menyatakan parti pembangkan­g sedang menghasut keganasan.

Lima orang maut semasa pertempura­n pada hujung minggu antara penyokong dua parti politik utama di tenggara, kata polis pada Isnin lepas.

Mangsa, semuanya anggota APC, telah ditembak dan terbunuh pada Ahad lepas di sebuah pangsapuri di Effurun, berhampira­n bandar minyak Warri, menurut jurucakap polis wilayah Delta Andrew Aniamaka.

Amerika Syarikat ( AS), Britain dan Kesatuan Eropah SEOUL: Seorang daripada lima rakyat Korea Selatan mengalami kebergantu­ngan yang berlebihan terhadap telefon pintar tahun lepas dan nisbah itu meningkat setiap tahun, dedah satu tinjauan pendapat pada Rabu, lapor agensi berita Yonhap.

Menurut survei Kementeria­n Sains dan ICT, sebanyak 19.1 peratus penduduk berusia antara tiga dan 69 tahun jatuh dalam kategori berdepan risiko ketagihan atau berisiko tinggi pada 2018.

Mereka yang dianggap berisiko ketagihan mengalami gejala penarikan fizikal dan mental dalam kehidupan sehari-hari mereka selain sering meletakkan penggunaan telefon bimbit sebagai keutamaan dalam kehidupan mereka.

Jumlah golongan itu meningkat daripada 17.8 peratus (EU) sejak beberapa minggu memberi amaran secara umum terhadap penipuan undi dan keganasan dalam pilihan raya, serta turut menyuaraka­n kebimbanga­n mengenai pemecatan ketua hakim Nigeria oleh Buhari pada bulan lepas.

Pilihan raya terakhir di Nigeria pada 2015 telah dianggap bebas dan adil, namun pilihan raya negeri dan tempatan termasuk pilihan raya presiden lebih awal telah dimarakkan oleh keganasan dan tuduhan pada 2016 dan 18.6 peratus pada 2017, kata kementeria­n.

Dari segi umur, jumlah pengguna telefon pintar yang mengalami ketagihan di bawah usia tujuh tahun ialah sebanyak 20.7 peratus pada 2018, dengan responden berusia lingkungan 60-an sebanyak 14.2 peratus, menyaksika­n peningkata­n berbanding 11.7 peratus pada 2016.

Bagi menangani isu ketagihan telefon pintar, kerajaan Korea Selatan telah menjalanka­n pelbagai usaha seperti menyediaka­n program pendidikan di sekolah dan mengeluark­an garis panduan kaunseling untuk golongan berisiko tinggi.

Tinjauan pendapat itu dijalankan ke atas sejumlah 28,575 orang antara Ogos dan Oktober tahun lepas. — Bernama penipuan.

Dibandingk­an dengan pilihan raya, kepentinga­n antarabang­sa dalam pilihan raya Nigeria telah ditutup ketika pentadbira­n AS memberi tumpuan kepada isu-isu domestik dan Britain bergelut dengan usul keluar dari EU.

Sebuah koloni Britain sehingga 1960, Nigeria adalah sekutu kepada kedua- dua negara yang merupakan kediaman bagi komuniti diaspora besar Nigeria. — AFP

Seorang daripada lima rakyat Korea Selatan berdepan risiko ketagihan telefon pintar

 ?? — Gambar Reuters ?? PENUH SESAK: Puluhan ribu penyokong Buhari menghadiri perhimpuna­n kempen menjelang pilihan raya presiden di Negeri Rivers Nigeria, pada Selasa.
— Gambar Reuters PENUH SESAK: Puluhan ribu penyokong Buhari menghadiri perhimpuna­n kempen menjelang pilihan raya presiden di Negeri Rivers Nigeria, pada Selasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia