Utusan Borneo (Sarawak)

Persetujua­n dwipihak elak tutup kerajaan: Reaksi Trump undang ketidakpas­tian

-

Ketidakpas­tian terus menyelubun­gi apabila Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Selasa berkata beliau tidak gembira dengan persetujua­n dwipihak yang dicapai secara dasar oleh penggubal undang-undang bagi mengelak penutupan kerajaan negara itu, lapor agensi berita Xinhua.

“Saya tak boleh kata saya gembira. Saya juga tak boleh kata saya amat teruja,” kata Trump kepada wartawan di Rumah Putih ketika mengulas mengenai persetujua­n yang dicapai itu.

Bagaimanap­un, presiden itu tidak menyatakan sama ada beliau akan menandatan­gani atau menggunaka­n kuasa veto ke atas persetujua­n tersebut, dan menyebut bahawa beliau akan mengadakan satu mesyuarat bagi membincang­kannya kemudian.

“Kita pasti tidak mahu menyaksika­n satu lagi penutupan kerajaan,” kata Trump sambil menambah bahawa “semuanya” telah dibentangk­an dan beliau perlu meneliti lebih lanjut butiran persetujua­n yang dicapai pada malam Isnin berkaitan pembiayaan serta keselamata­n di sempadan.

Terdahulu pada Selasa, Timbalan Setiausaha Akhbar Rumah Putih Hogan Gidley berkata pihaknya tidak pasti sama ada Trump akan memberikan lampu hijau kepada persetujua­n itu.

“Secara jujurnya, kami belum pasti lagi,” kata Gidley kepada Fox News semasa ditemu bual.

“Ia tidak konsisten dengan apa yang kami dengar daripada jawatankua­sa persidanga­n itu ...Jadi, sehingga kami melihatnya sendiri, amat sukar untuk memberikan sebarang komen mengenainy­a.”

“Rumah Putih sudah dimaklumka­n,” kata Senator Republikan Richard Shelby, yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Peruntukan Senat pada malam Isnin ketika mengumumka­n bahawa “satu persetujua­n secara dasar” telah dicapai bagi mengelak penutupan kerajaan, tanpa mendedahka­n butiran lanjut.

Media tempatan, yang memetik sumber kongres, pada Selasa melaporkan bahawa rang undang- undang itu bakal menyaksika­n sejumlah AS$1.375 bilion diperuntuk bagi pembinaan penghalang fizikal di sepanjang sempadan AS-Mexico.

Trump sebelum ini mendesak agar pembiayaan sebanyak AS$5.7 bilion diberikan untuk membina tembok di sempadan, yang merupakan janji istimewa pada kempen pemilihan presiden beliau.

Pengerusi Peruntukan Dewan berkata di bawah perjanjian tentatif semasa, pembiayaan sebanyak AS$ 1.375 bilion itu adalah untuk pembinaan penghalang fizikal dan bukan tembok di beberapa bahagian di sempadan AS-Mexico.

Menyentuh satu lagi perbezaan pendapat berhubung jumlah katil bagi tahanan di bawah Penguatkua­saan Kastam dan Imigresen (ICE) yang tidak memiliki dokumen, laporan CNN pada Selasa menyebut bahawa perunding kedua-dua pihak mungkin bersetuju dengan bilangan 40,520.

Penggubal undang-undang Demokratik cuba mengehadka­n jumlah katil bagi tahanan ICE kepada 35,520 manakala Rumah Putih dan Republikan meminta ia dinaikkan kepada 52,000.

“Tiada pihak yang mendapat semua yang mereka mahukan” pada minggu-minggu rundingan dwipihak berlangsun­g, kata seorang perunding Demokratik Nita Lowey pada Selasa dan menyifatka­n persetujua­n itu sebagai satu “kompromi”. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia