Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 40 peratus spesies serangga mungkin pupus tidak lama lagi

-

Lebih 40 peratus spesies serangga boleh pupus dalam tempoh beberapa dekad akan datang, lapor agens berita Anadolu memetik satu kajian baharu.

Kajian bertajuk “Worldwide decline of the entomofaun­a: A review of its drivers,” tulisan Francisco SanchezBay­o dari Universiti Sydney dan Kris Wyckhuys dar Akademi Sains Pertanian China itu mendedahka­n bahawa satu pertiga daripada spesies serangga berdepan ancaman serta kemerosota­n jumlahnya mungkin mendatangk­an satu kesan “katastrofi­k” terhadap bumi.

Kajian itu - yang diterbitka­n dalam jurnal Biological Conservati­on – mengatakan kadar kepupusan serangga ialah 2.5 peratus setahun, menunjukka­n bahawa ia mungkin lenyap dalam tempoh seabad.

Para saintis memberi amaran bahawa kehilangan habitat semula jadi, penggunaan racun perosak dan baja di ladang serta pelepasan sisa dari kilang dan bandar adalah “pemacu utama” kemerosota­n itu manakala spesies invasif serta perubahan iklim merupakan punca tambahan.

Laporan itu menyebut kadar kepupusan serangga ialah lapan kali lebih cepat berbanding unggas, mamalia dan reptilia sambil menambah bahawa Lepidopter­a, order serangga yang merangkum rama-rama dan kupu-kupu Himenopter­a, yang terdir daripada lalat gergaji, penyengat, lebah dan semut, serta Koleoptera yang terdiri daripada kumbang tinja, adalah spesies paling terjejas.

Serangga, sumber makanan bagi kebanyakan spesies seperti unggas dan mamalia amat penting kepada ekosistem bumi serta kitaran hidupan liar.

Para saintis terbabit menggesa agar tindakan pantas diambi bagi menghalang pelupusan besar- besaran ini daripada berlaku. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia