Utusan Borneo (Sarawak)

Polis Sepanyol rampas lebih 200 haiwan terancam yang diawet

-

Polis Sepanyol pada Selasa berkata mereka telah merampas lebih 200 haiwan diancam kepupusan yang diawet, termasuk zirafah, badak, singa dan harimau, dari sebuah bengkel taksidermi haram yang menjual ia secara dalam talian.

Pegawai menemui haiwan yang diawet di sebuah gudang di kawasan perindustr­ian Alicante, sebuah bandar di pantai Mediterran­ean di Sepanyol. Mereka merampas yang lain di bandar Monovar, di kediaman seorang lelaki yang disyaki bekerja sebagai seorang ahli taksidermi tanpa lesen, kata polis dalam satu kenyataan.

Polis mengarahka­n enam orang dalam siasatan selepas merampas barangan tersebut, yang akan berdepan tuduhan menyeludup spesies diancam kepupusan.

Haiwan yang dirampas termasuk “lebih 20 spesimen daripada pelbagai spesies” dalam Konvensyen bagi Perdaganga­n Antarabang­sa dalam Spesies Terancam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (CITES).

“Spesies yang dirampas termasuk, di antara banyak lagi, singa Afrika, badak putih, harimau Bengal, buaya Afrika, kijang Afrika dan zirafah,” menurut kenyataan tersebut.

Polis memulakan siasatan pada Mei selepas menemui iklan dalam talian menawarkan haiwan yang diawetkan untuk dijual.

CITES merupakan satu perjanjian global yang ditandatan­gani lebih 180 negara yang mengawal perdaganga­n flora dan fauna liar atau produk yang dihasilkan daripadany­a dengan tujuan untuk memastikan kelangsung­an hidup mereka. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? HASIL RAMPASAN: Gambar serahan tanpa tarikh dan tanpa lokasi ini yang dikeluarka­n oleh Pengawal Awam Sepanyol pada Selasa menunjukka­n haiwan diancam kepupusan yang diawet, selepas ia dirampas oleh polis sejak Mei 2018 dalam wilayah Alicante sewaktu operasi ‘Taxiderali­a’.
— Gambar AFP HASIL RAMPASAN: Gambar serahan tanpa tarikh dan tanpa lokasi ini yang dikeluarka­n oleh Pengawal Awam Sepanyol pada Selasa menunjukka­n haiwan diancam kepupusan yang diawet, selepas ia dirampas oleh polis sejak Mei 2018 dalam wilayah Alicante sewaktu operasi ‘Taxiderali­a’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia