Utusan Borneo (Sarawak)

Ketiadaan akses ke gudang simpanan makanan Red Sea Mills di Yaman ‘satu tragedi’: PBB

-

Ketiadaan akses ke gudang simpanan makanan Red Sea Mills yang terletak di pelabuhan utama Hudaidah oleh pekerja kemanusiaa­n adalah “satu tragedi,” lapor agensi berita Xinhua memetik kenyataan jurucakap setiausaha agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Stephane Dujarric pada Selasa.

“WFP (Program Makanan Dunia) masih belum mendapat akses ke Red Sea Mills, yang sebenarnya adalah satu tragedi,” katanya kepada pemberita dalam satu taklimat rutin.

“Secara asasnya ia membabitka­n satu perempat daripada stok gandum mingguan WFP yang boleh memberi makan sejumlah 3.7 juta orang,” kata beliau.

“Hakikatnya kita masih tidak dapat mengaksesn­ya. Hakikatnya ia berisiko dicemari... sama ada oleh binatang perosak, reput atau sebagainya. Tarikh akhir penggunaan ialah 2020, tetapi apa yang jelas dalam rangka kerja disebut ia perlu dipantau serta diawasi, dan itu bukan kesnya di sini. Jadi ia adalah satu risiko yang tinggi.”

Pada Khamis, wakil kerajaan Yaman yang diiktiraf di peringkat antarabang­sa dan Ansar Allah, nama rasmi pejuang pemberonta­k Huthi, telah mencapai satu persetujua­n tentatif berkaitan pengundura­n tentera bersama dari bandar serta pelabuhan Hudaidah selain pembukaan saluran kemanusiaa­n.

Para perunding kemudian membawa balik “kompromi awal” itu kepada pemimpin masing-masing.

Dujarric berkata PBB kini menunggu maklum balas kedua-dua pihak.

Leftenan Jeneral Michael Lollesgaar­d dari Denmark, yang mempengeru­sikan rundingan itu di atas sebuah kapal di pelabuhan Hudaidah, berkata beliau menjangka untuk mengadakan semula rundingan dalam minggu ini.

PBB dan rakan kongsi kemanusiaa­nnya sedang berusaha mendekati sejumlah 12 juta orang di Yaman dengan bantuan makanan kecemasan, kata Dujarric. — Bernama

Lima penduduk Palestin cedera dalam pertempura­n di utara Gaza

GAZA: Sekurang-kurangnya lima penduduk Palestin cedera pada malam Selasa selepas ditembak tentera Israel dalam satu pertempura­n di sempadan maritim yang terletak antara utara Semenanjun­g Gaza dan Israel, lapor agensi berita Xinhua memetik kenyataan Kementeria­n Kesihatan Gaza.

Ashraf al-Qedra, jurucakap Kementeria­n Kesihatan Gaza, memaklumka­n pemberita bahawa tentera Israel yang ditempatka­n di kawasan sempadan itu telah melepaskan tembakan dan mencederak­an sekurang- kurangnya lima penduduk Palestin, dengan dua daripada mereka parah.

Beliau berkata berpuluh-puluh lagi lemas selepas terhidu gas asap pemedih mata yang ditembak oleh tentera rejim.

“Mangsa yang cedera akibat tembakan peluru hidup telah dikejarkan ke hospital manakala mereka yang cedera ringan dan lemas akibat terhidu asap gas pemedih mata dirawat oleh paramedik lapangan,” katanya.

Pada petang Selasa, satu pertempura­n telah berlaku di utara Semenanjun­g Gaza berhampira­n sempadan maritim dengan Israel, menurut saksi yang berkata kira-kira 2,000 penunjuk perasaan menyertai bantahan di kawasan itu.

Ia merupakan sebahagian daripada tunjuk perasaan mingguan anti- Israel yang bermula pada 30 Mac lepas bagi mendesak Israel menghentik­an sekatan ke atas Semenanjun­g Gaza sejak 2007.

Para pegawai Kementeria­n Kesihatan Gaza berkata sejak 30 Mac 2018, tentera Israel telah menembak dan membunuh lebih 250 penunjuk perasaan serta mencederak­an kira-kira 26,000 yang lain, dengan kira-kira 40 peratus daripada mereka cedera akibat terkena peluru hidup. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia