Utusan Borneo (Sarawak)

Maghribi berkas tiga lelaki Perancis disyaki biayai keganasan

-

Tiga lelaki Perancis ditangkap di bandar Sale di Maghribi berdekatan dengan ibu negeri Rabat kerana disyaki membiayai keganasan dan telah berhubung dengan beberapa kumpulan militan, kata polis pada Selasa.

Siasatan menunjukka­n kesemua suspek mempunyai hubungan dengan pejuang Daesh di Timur Tengah,menurut satu kenyataan yang dikeluarka­n oleh agensi berita rasmi negara MAP.

Suspek, yang ditangkap pada Isnin, tidak dikenal pasti namun kenyataan polis berkata salah seorang daripada mereka berasal dari Algeria.

Berbanding dengan negaranega­ra lain di Afrika Utara, Maghribi telah sebahagian besarnya terlindung daripada serangan militan.

Empat suspek utama ditangkap berhubung dengan pembunuhan dua wanita Scandinavi­a pada Disember lepas berhampira­n hab pelanconga­n Marrakech telah mengikrark­an kesetiaan kepada Daesh dalam sebuah video.

Pada April 2011, 17 orang terkorban dalam pengeboman di sebuah restoran di Marrakech.

Pada 2017 dan 2018, Maghribi mengumumka­n ia telah membubarka­n 20 kumpulan militan yang merancang serangan di negara itu. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia