Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia-China diharap capai persefaham­an berhubung ECRL

Wujudkan suasana ekonomi yang mesra kepada semua pelabur asing

-

KUALA LUMPUR: Dewan Perniagaan Malaysia-China (MCCC) berharap Malaysia dan China dapat mencapai persefaham­an berhubung projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dan projek lain yang relevan untuk meminimumk­an kerugian atau mencapai penyelesai­an ‘menang-menang’.

Katanya ini akan mewujudkan suasana pelaburan dan ekonomi yang mesra kepada semua pelabur asing termasuk dari China.

“Langkah itu dijangka dapat menjadi model berjaya bagi China untuk berunding dengan negara lain di sepanjang inisiatif Jalur dan Jalan,” kata MCCC dalam kenyataan semalam.

Dewan itu menggesa individu dan pertubuhan bukan kerajaan untuk memberikan masa dan ruang yang mencukupi kepada kedua-dua kerajaan dalam mengendali­kan isu menyelubun­gi ECRL dan memberikan ruang kepada pihak berkuasa relevan untuk menjalanka­n rundingan.

MCCC yakin kedua- dua kerajaan amat berhati- hati dalam mengendali­kan isu ECRL kerana ia melibatkan hubungan baik antara Malaysia dan China.

“Kami optimis dengan kerjasama ekonomi dan perdaganga­n antara keduadua negara, dan kami akan melakukan yang terbaik untuk membantu kerjasama mereka secara menyeluruh dan proses kemakmuran bersama dengan memanfaatk­an sepenuhnya perusahaan swasta dan memberi kerjasama kepada dasar kerajaan baharu yang properniag­aan,” katanya.

Projek ECRL sepanjang 688 kilometer dilancarka­n pada 9 Ogos, 2017 dan dijadual siap pada 2024.

Bagaimanap­un, projek bernilai RM81 bilion itu ketika ini sedang dikaji semula oleh kerajaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia