Utusan Borneo (Sarawak)

Jualan perdaganga­n borong dan runcit catat pertumbuha­n 8.2% kepada RM1.25 trilion pada 2018

-

Jualan subsektor perdaganga­n borong dan runcit mencatatka­n pertumbuha­n 8.2 peratus kepada RM1.25 trilion pada 2018 berbanding tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan.

Ketua Perangkawa­n Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam kenyataan hari ini berkata bagi suku keempat 2018 (4Q18),Indeks Volum berkembang 8.1 peratus kepada 173.8 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya, didorong oleh pengembang­an perdaganga­n runcit sebanyak 11.8 peratus.

Bagi tempoh yang sama, Indeks Volum perdaganga­n borong dan kenderaan bermotor, masing-masing turut merekodkan peningkata­n 6.2 peratus dan 1.9 peratus.

“Bagi perbanding­an antara suku tahun, Indeks Volum Pelarasan Musim bagi perdaganga­n borong dan runcit meningkat 1.7 peratus berbanding suku ketiga 2018, disumbangk­an oleh sub-sektor perdaganga­n borong dan perdaganga­n runcit masingmasi­ng sebanyak 2.6 peratus dan 1.5 peratus,” kata Mohd Uzir.

Nilai jualan perdaganga­n borong dan runcit bagi 2018 naik 8.0 peratus kepada RM109 bilion bagi Disember 2018 berbanding tempoh sama pada 2017. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia