Utusan Borneo (Sarawak)

EAC akan tumpu pembanguna­n ekonomi dan dapatkan keyakinan pelabur: PM

-

Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) yang baru ditubuhkan akan memberi tumpuan pada pembanguna­n ekonomi dan mendapatka­n keyakinan pelabur, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata EAC akan membolehka­n kerajaan dan khususnya dirinya sendiri untuk mendengar pendapat orang ramai daripada perspektif mereka sendiri.

“Sekarang kami ada masa untuk menubuhkan majlis, mendapatka­n maklum balas mengenai apa yang berlaku di negara dan mendapatka­n idea daripada mereka untuk menyelesai­kan masalah serta hala tuju,” katanya pada sidang media selepas menyampaik­an kad keanggotaa­n BERSATU kepada enam Anggota Parlimen yang telah keluar UMNO di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, kelmarin. Dr Mahathir ialah pengerusi BERSATU.

Berhubung dakwaan bahawa penubuhan EAC mencermink­an kurang keyakinan terhadap anggota Kabinet, Dr Mahathir berkata majlis serupa turut ditubuhkan semasa beliau menjadi perdana menteri keempat.

“Tetapi saya tidak menubuhkan majlis ekonomi sejurus saya menjadi perdana menteri. Ia dilakukan agak lewat kemudian, dan Kabinet saya memberikan kerjasama sepenuhnya kepada saya dan kami berjaya memba- ngunkan ekonomi,” katanya.

Dr Mahathir berkata EAC ditubuhkan kerana kerajaan mahu mendengar pendapat rakyat dan bukan hanya mendengar pendapat sendiri.

“Mana-mana kerajaan yang tidak mahu mendengar apa yang rakyat di luar sana katakan dan hanya mendengar pendapat anggota Kabinet walaupun mereka bijak, tindakan kerajaan itu adalah salah,” katanya.

Dr Mahathir berkata kerajaan Pakatan Harapan sepatutnya menubuhkan majlis dari awal lagi iaitu sebaik sahaja mereka mengambil alih kerajaan pada tahun lepas, tetapi mereka amat sibuk.

Perdana menteri berkata masalah dihadapi kerajaan sekarang adalah disebabkan kerajaan terdahulu mengambil begitu banyak hutang.

Pejabat Perdana Menteri pada Isnin mengumumka­n penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi dengan 16 anggota yang akan bertindak untuk meneliti dan membuat keputusan berkaitan hal ehwal ekonomi dan kewangan serta kebajikan rakyat.

Anggota majlis itu termasuk bekas Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz, bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, ahli Majlis Penasihat Kerajaan ( CEP) Profesor Dr Jomo Kwame Sundaram dan ahli perbankan terkemuka Tan Sri Tay Ah Lek. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SOAL JAWAB BERSAMA MEDIA: Dr Mahathir ketika sidang media pada majlis penyerahan kad keanggotaa­n BERSATU kepada enam Anggota Parlimen yang telah keluar UMNO di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, kelmarin.
— Gambar Bernama SOAL JAWAB BERSAMA MEDIA: Dr Mahathir ketika sidang media pada majlis penyerahan kad keanggotaa­n BERSATU kepada enam Anggota Parlimen yang telah keluar UMNO di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia