Utusan Borneo (Sarawak)

Indeks Volum Perkhidmat­an naik 7.2 peratus pada 2018

-

Indeks Volum Perkhidmat­an meningkat 7.2 peratus kepada 162.2 mata pada 2018 berbanding 6.7 peratus (151.3 mata) bagi tahun sebelumnya.

Menurut Jabatan Perangkaan, Indeks Volum Perkhidmat­an mencatatka­n pertumbuha­n sebanyak 7.2 peratus kepada 167.7 mata pada suku keempat 2018 (4Q18) berbanding suku sama pada 2017.

Ketua Perangkawa­n Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata Indeks Volum Pelarasan Musim bagi sektor itu bertambah 1.5 peratus kepada 166.3 mata bagi 4Q18 berbanding suku tahun sebelumnya.

“Penyumbang utama kepada peningkata­n Indeks Volum Perkhidmat­an ialah segmen perdaganga­n borong dan runcit, makanan dan mi- numan dan penginapan (8.3 peratus) dan segmen maklumat dan komunikasi dan pengangkut­an dan penyimpana­n (7.4 peratus),” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurut Jabatan Perangkaan, segmen perkhidmat­an lain naik 6.4 peratus dengan penyumbang utama kepada kenaikan itu adalah subsektor kesenian, hiburan dan rekreasi (8.9 peratus). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia