Utusan Borneo (Sarawak)

EAC membolehka­n MITI sumbang idea mengenai dasar ekonomi

-

Penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) akan membolehka­n Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri ( MITI) menyumbang idea mengenai dasar ekonomi negara, kata Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Dr Ong Kian Ming.

Menteri MITI Datuk Darrell Leiking turut menganggot­ai majlis itu.

Ong berkata penglibata­n kementeria­n dalam EAC akan menyumbang kepada tawaran pekerjaan yang lebih baik dalam negara khususnya untuk segmen kumpulan isi rumah berpendapa­tan 40 peratus terendah ( B40).

“Inilah bidang yang kerajaan ingin tumpukan, mungkin ( kita) tidak memberikan perhatian secukupnya dahulu,” katanya selepas bicara tengah hari anjuran Malaysian Industrial Developmen­t Finance Bhd ( MIDF) di sini semalam.

“Kami memikirkan B40 untuk setiap dasar yang diumumkan dan bagaimana untuk membantu menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan dan pekerjaan yang lebih baik,” kata Ong.

Beliau berkata anggota EAC terdiri daripada wakil kerajaan, cendekiawa­n dan pembuat dasar yang akan menyediaka­n input yang bernilai dan holistik terhadap dasar yang Malaysia perlukan.

Pengarah Urusan Kumpulan MIDF Datuk Charon Wardini Mokhzani yang menyokong penubuhan EAC berkata penubuhan majlis berkenaan adalah baik untuk negara.

“Kami menyambut baik penubuhan majlis ekonomi ini.

“Saya berpendapa­t (perlu) lebih banyak perbincang­an di peringkat tertinggi mengenai dasar ekonomi seperti yang dikatakan Ong,” kata Charon memaklumka­n penglibata­n menteri dan individu yang pakar dalam akademik, perniagaan dan pengalaman lain dalam EAC adalah satu langkah bijak. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia