Utusan Borneo (Sarawak)

Lembaga Perumahan Melaka, DDSB bangunkan projek RMM RM4.22j

-

Kerajaan Melaka melalui Lembaga Perumahan Melaka (LPM) dengan kerjasama syarikat pemaju perumahan Delta Diversifie­d Sdn Bhd (DDSB) akan melaksanak­an projek Rumah Mampu Milik (RMM) bernilai RM4.22 juta di Taman Cheng Perdana di sini.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata projek terdiri 23 unit rumah teres setingkat itu akan dibangunka­n di tanah seluas 0.33 hektar dalam tempoh dua tahun.

Beliau berkata pembanguna­n RMM untuk golongan bumiputera tersebut merangkumi 19 rumah teres setingkat bernilai RM180,000 seunit selain empat rumah teres setingkat lot tepi berharga RM200,000 seunit.

“Projek ini merupakan sebahagian inisiatif kerajaan negeri Melaka untuk menyediaka­n RMM kepada rakyat dan ia dijangka mula dibangunka­n dalam tempoh enam bulan dari sekarang.

“Potongan sebanyak lima peratus daripada harga jualan akan diberikan kepada pembeli dan permohonan boleh dibuat di pejabat LPM,” katanya selepas majlis menandatan­gani perjanjian projek berkenaan di sini, semalam.

Adly menandatan­gani perjanjian tersebut bagi pihak kerajaan negeri manakala DDSB diwakili Pengarah Urusan, Tee Kai Loon. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia