Utusan Borneo (Sarawak)

Pemaju perumahan di Perak boleh mohon pelepasan kuota Bumiputera

-

Kerajaan Perak kin membenarka­n pemaju perumahan memohon pelepasan kuota Bumiputera selepas hartanah berkenaan gagal dijual dalam tempoh enam bulan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP).

Menteri Besar, Datuk Ser Ahmad Faizal Azumu perkara tersebut merupakan antara penambahba­ikan Dasar Perumahan Negeri Perak yang diumumkan semalam dan ia berkuat kuasa pada 1 April 2019.

Beliau berkata tempoh yang disingkatk­an dari dua tahun kepada enam bulan itu bertujuan meringanka­n beban pemaju yang perlu menanggung kos kerosakan dan penyenggar­aan rumah yang tidak terjual.

“Selepas enam bulan proses jualan oleh LPHP, pemaju boleh memohon pelepasan bag 50 peratus kuota Bumiputera dengan syarat mereka telah mencapai 30 peratus pembinaan fizikal serta 60 peratus lot bukan Bumiputera telah dijual.

“Permohonan pelepasan kedua untuk baki lot Bumiputera 50 peratus lagi hanya boleh dibuat setelah pembinaan fizikal mencapai 80 peratus dan 90 peratus lot bukan bumiputera habis dijual,” katanya dalam sidang media mengenai penambahba­ikan Dasar Perumahan Neger Perak di sini, semalam.

Ahmad Faizal berkata denda atau levi sebanyak dua kali ganda daripada levi sediakala akan dikenakan ke atas pemaju yang menjual lot bumiputera sebelum kelulusan diperolehi daripada pihak berkuasa negeri.

Bagi menarik minat lebih ramai pemaju swasta membina Rumah PerakKu I dan PerakKu II di kawasan bandar beliau berkata kerajaan neger akan menaikkan harga siling hartanah tersebut.

“(Harga siling) Rumah Perakku I (dinaikkan) daripada RM70,000 kepada RM90,000 manakala Rumah PerakKu II daripada RM140,000 kepada RM180,000,” katanya — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia