Utusan Borneo (Sarawak)

KXP Airportcit­y urus pembanguna­n Lapangan Terbang Antarabang­sa Kulim

-

Entiti khas dikenali sebagai KXP AirportCit­y Holding Sdn Bhd ( KXP AirportCit­y) telah ditubuhkan untuk merancang, menyelaras dan menguruska­n pembanguna­n Lapangan Terbang Antarabang­sa Kulim (LTAK), kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

Beliau berkata kerajaan negeri secara prinsipnya telah mendapat kelulusan daripada kerajaan pusat untuk membangunk­an lapangan terbang baharu itu di daerah Kuala Muda.

“Dengan penubuhan rasmi KXP AirportCit­y, semua pihak yang berminat nak membantu bangunkan LTAK boleh menghubung­i atau menyerahka­n cadangan secara terus kepada (pejabat) KXP AirportCit­y di Wisma PKNK di Jalan Sultan Badlishah, Alor Setar.

“KXP AirportCit­y akan menganalis­is dan menilai cadangan- cadangan yang diterima serta mendapatka­n perakuan Lembaga Pengarahny­a dan pihak berkuasa tempatan untuk kelulusan,” katanya kepada pemberita selepas mempengeru­sikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di Wisma Darul Aman di sini, semalam.

Katanya untuk peringkat awal, operasi LTAK yang bernilai RM1.6 bilion itu khusus kepada aktiviti logistik dan kargo.

Menurut Mukhriz, KXP AirportCit­y ialah agensi tunggal yang akan mewakili kerajaan negeri dalam sebarang rundingan dengan pihak kementeria­n, jabatan dan agensi pusat bagi mendapatka­n semua kelulusan berkaitan projek LTAK.

Beliau berkata KXP AirportCit­y yang merupakan syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) akan mula beroperasi secara rasmi pada 4 Mac ini.

Katanya LTAK merupakan projek pembanguna­n kerajaan negeri yang besar, justeru sokongan padu daripada semua pihak amat diperlukan supaya pembanguna­nnya dapat direalisas­ikan dengan lancar.

Beliau berkata lebuh raya baharu juga akan dibina bagi menghubung­kan lapangan terbang terbabit ke Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP).

Dalam pada itu, Mukhriz berkata dalam usaha menjayakan projek-projek mega di Kedah, kerajaan negeri juga memberikan tumpuan kepada projek jangka masa pendek dan akan menyediaka­n kemudahan yang mampu meningkatk­an pendapatan rakyat.

“Kerajaan negeri sentiasa melihat bagaimana untuk meringanka­n beban ditanggung rakyat khususnya membabitka­n golongan B40 terutamany­a dalam soal kos sara hidup,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia