Utusan Borneo (Sarawak)

PTP meterai perjanjian dengan Ramco naik taraf sistem ERP

-

Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn Bhd ( PTP) memeterai perjanjian dengan Ramco Systems Limited untuk menaik taraf sistem perancanga­n sumber perusahaan (ERP) semasanya.

Dalam kenyataan semalam, PTP berkata pelaksanaa­n sistem ERP terkini itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan syarikat untuk memperkasa­kan strategi digitalnya dan meningkatk­an kecekapan operasi, selain memenuhi permintaan pelanggan pelabuhan itu dan keperluan industri yang meningkat.

Ketua Pegawai Eksekutif PTP Marco Neelsen berkata pelan tindakan digital terkini itu merupakan bukti kepada komitmen pengendali pelabuhan tersebut dalam menyediaka­n perkhidmat­an yang terbaik kepada pelanggann­ya.

“Berdasarka­n kadar kemajuan teknologi yang mengubah dunia, penting bagi PTP untuk kekal berdaya saing dan menarik. Dengan melabur dalam teknologi terkini, kami akan terus membentuk terminal kami sebagai antara pelabuhan terminal paling maju dari segi teknologi dan terbaik di rantau ini,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia