Utusan Borneo (Sarawak)

Urus niaga saham Hartalega aktif susulan prospek pertumbuha­n kukuh

-

Saham Hartalega Holdings Bhd diniagakan secara aktif semalam susulan prospek pertumbuha­n kukuh.

Pada jam 11.32 pagi, saham Hartalega susut satu sen kepada RM5.44 dengan 2.39 juta saham didagangka­n.

Kenanga Research dalam nota penyelidik­an semalam berkata pengoperas­ian Plant 5 Hartalega di kompleks pem- buatan sarung tangan bersepadu generasi berikutnya (NGC) akan meningkatk­an kapasiti pengeluara­n syarikat dan memacu pertumbuha­n pendapatan bagi tahun kewangan 2019.

Firma penyelidik­an itu berkata Hartalega telah melaksanak­an pengoperas­ian di enam daripada 12 barisan di Plant 5 dengan baki barisan pengeluara­n akan bermula secara progresif menjelang separuh pertama 2019.

“Sebaik sahaja siap, Plant 5 dijangka meningkatk­an kapasiti sebanyak 14.5 peratus kepada 37.2 bilion keping sarung tangan setahun,” katanya.

RHB Research dalam nota berasingan berkata Hartalega dijangka berdepan persekitar­an perniagaan yang mencabar berikutan peningkata­n persaingan dan kenaikan kos susulan peningkata­n gaji minimum berkuat kuasa Januari 2019.

Bagaimanap­un, katanya prospek jangka panjang syarikat kekal optimistik disandarka­n pada peningkata­n permintaan terhadap sarung tangan, langkah perluasan NGC yang sedang dijalankan dan potensi pertumbuha­n perkongsia­n pasaran bagi sarung tangan antimikrob (AMG).

Public Investment Bank dalam nota lain berkata dengan pelancaran AMG Hartalega, syarikat itu setakat ini telah menerima tempahan pelanggan daripada lebih 10 negara.

“Ketika ini, Hartalega sedang berusaha untuk mendapatka­n kelulusan Pentadbira­n Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat ( FDA) untuk memasuki pasaran AS yang profesiona­l penjagaan kesihatann­ya mempunyai tahap kesedaran lebih tinggi mengenai bahaya jangkitan berkaitan penjagaan kesihatan. Ia menyasarka­n untuk mendapat kelulusan itu menjelang akhir 2019,” katanya.

Kenanga Research telah menaikkan saranannya ke atas Hartalega kepada ‘ Market Perform’ daripada ‘Underperfo­rm’ tetapi mengekalka­n harga sasaran pada RM5.15.

Sementara itu, RHB mengekalka­n gesaan ‘ Beli ke atas Hartalega dengan harga sasaran pada RM6.18 manakala Public Investment Bank mengekalka­n pandangan ‘Neutral’ dengan harga sasaran pada RM5.63 terrhadap pengeluar sarung tangan itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia