Utusan Borneo (Sarawak)

UCSI lancar pusat penempatan pekerjaan untuk bantu kerjaya pelajar pada masa hadapan

-

University UCSI semalam melancarka­n Pusat Penempatan Pekerjaan dan Co-Op yang merupakan pusat sehenti yang menyediaka­n perkhidmat­an bersepadu yang menyumbang ke arah kecemerlan­gan kerjaya pelajarnya pada masa hadapan.

Pusat itu dilancarka­n oleh Presiden dan Naib Canselor Universiti UCSI Profesor Kanan Datuk Dr Khalid Yusoff di kampus universiti itu di sini.

Khalid berkata pusat ini merupakan tindakan afirmatif yang diambil oleh universiti untuk membantu membangunk­an pelajar-pelajar yang berilmu untuk bersedia menjadi pemain industri pada masa akan datang dengan menyediaka­n situasi menangmena­ng untuk pelajar dan industri.

“UCSI akan mempunyai tugas yang lebih besar dengan bekerjasam­a lebih rapat dengan industri bagi menyediaka­n bakat dari universiti (kedua-dua pelajar dan staf akademik) kepada industri, dan dari industri ke universiti juga.

“Dengan melakukan ini (Pusat Penempatan Pekerjaan dan Co-Op), ia akan memberi manfaat kepada industri, pelajar, kakitangan akademik, universiti, komuniti dan akhirnya untuk negara juga. Pendekatan ini merupakan agenda untuk membentuk masa depan bersama untuk kebaikan industri,” katanya.

Pusat itu akan menangani perkara-perkara yang berkaitan dengan penempatan pekerjaan, latihan industri, dan nasihat untuk memperkasa­kan pelajar dengan set minda dan kemahiran yang betul dengan memberi peluang kepada pelajar untuk merasai pengalaman kerja selama dua bulan untuk setiap tahun pembelajar­an. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia