Utusan Borneo (Sarawak)

UniSZA bekerjasam­a dengan Universiti Chiba, Jepun kaji Orang Asli Pantai Timur

-

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) akan bekerjasam­a dengan Universiti Chiba, Jepun untuk menjalanka­n penyelidik­an berkaitan bidang antropolog­i dan sosiologi terhadap Orang Asli di kawasan pantai timur.

Naib Canselor UniSZA Prof Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata untuk memperkuku­hkan kerjasama itu, pihaknya menandatan­gani Perjanjian Surat Niat (LoI) bersama Universiti Chiba, kelmarin.

“UniSZA dan Universiti Chiba terlibat dalam menjayakan projek kajian berkaitan sosiologi Orang Asli dari Kaum Bateq di Kelantan dan Kaum Semaq Beri di Terengganu.

“Melalui LoI ini, pihak UniSZA dan Universiti Chiba akan turut bekerjasam­a dalam beberapa perkara antaranya Program Mobiliti Pensyarah dan Pelajar seperti pertukaran pelajar dan pensyarah, lawatan penyelidik­an, program kebudayaan dan sukan serta penyeliaan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah,” katanya dalam kenyataan semalam.

Pada majlis itu, UniSZA diwakili Dekan Fakulti Sains Sosial Gunaan (FSSG) Prof Dr Wan Abd Aziz Wan Mohd Amin dan Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL) Prof Madya Dr Abdul Manam Mohamad manakala Universiti Chiba diwakili Prof Dr Chiyo Yonemura dan Prof Dr Shingo Odani. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia