Utusan Borneo (Sarawak)

Delegasi pengamal media Indonesia lawat Depoh Tahanan Imigresen Bukit Jalil

-

Delegasi pengamal media dari Indonesia semalam melakukan lawatan ke Depoh Tahanan Imigresen Bukit Jalil di sini bagi mendapat gambaran yang jelas mengenai warga negara itu yang ditahan di depoh berkenaan.

Lawatan oleh 22 pengamal media itu dimulakan dengan taklimat oleh Timbalan Komandan Depoh tersebut Md Noor Mohd Isa diikuti sesi soal jawab daripada media mengenai peranan dan tanggungja­wab depoh itu.

Md Noor berkata tahanan yang ditempatka­n di depoh itu sentiasa dijaga dengan baik oleh kerajaan dan kebajikan mereka seperti makanan, kesihatan dan hak asasi manusia sentiasa diberi perhatian oleh kakitangan Jabatan Imigresen.

Beliau berkata antara kemudahan yang diberikan ialah makanan empat kali sehari, penjagaan kesihatan dan pemberian vaksin oleh Kementeria­n Kesihatan, pertemuan bersama keluarga setiap minggu, penjagaan riadah dan pembelajar­an kepada anak-anak tahanan.

Kira-kira 600 tahanan warga Indonesia ditempatka­n di depoh berkenaan atas kesalahan Imigresen seperti permit kerja tamat tempoh dan tinggal lebih masa yang ditetapkan.

Depoh yang dibina di kawasan seluas 3.67 hektar (9.192 ekar) dengan kos RM14 juta, mula beroperasi pada 2008 dengan kapasiti kira-kira 2,000 orang tahanan pada satu masa sebelum mereka dihantar pulang ke negara asal masing masing.

Lawatan ke depoh itu juga da- pat memberikan gambaran jelas mengenaui layanan baik kerajaan Malaysiate­rhadapsemu­atahanan khususnya tahanan warga Indonesia yang ditempatka­n di depoh seluruh Malaysia.

Seorang wartawan Rakyat Merdeka, Firsty Hestyarin berkata sebelum ini beliau cukup risau tetapi selepas mendengar taklimat hari ini (semalam) ternyata Depoh Tahanan Imigresen memberikan layanan cukup baik terhadap tahanan sepert memberikan perhatian terhadap kanak-kanak dan penjagaan kesihatan.

“Saya berharap ia dapat ditambah baik dengan kerjasama kedua belah pihak (Malaysia dan Indonesia) supaya tahanan in dihantar pulang dengan segera ke Indonesias­etelahsemu­adokumen siap diisi,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia