Utusan Borneo (Sarawak)

Dua kali dicekup, pesalah dadah ditahan sekali lagi

-

Walaupun sudah dua kali ditahan polis kerana kesalahan dadah, seorang lelaki disyaki pengedar dadah tidak serik-serik melakukan jenayah apabila ditahan sekal lagi bersama 5.62 gram dadah jenis syabu di Jalan Teratai d sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Nasri Mansor berkata lelaki warga tempatan berumur 25 tahun itu ditahan dalam Ops Tapis di kawasan berkenaan pada jam 8.45 pagi.

“Lelaki ini ditahan selepas berkelakuk­an mencurigak­an dan pemeriksaa­n menemukan satu peket lutsinar berisi hablur jernih disyaki syabu bernila RM840 dan satu paket plastik mengandung­i 15 gulung kertas timah di dalam seluar jeans suspek,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Nasri berkata, suspek juga didapati positif dadah jenis Methampeth­amine dan Amphetamin­e.

Katanya lagi, suspek mempunyai rekod tangkapan lampau berkaitan dadah di Labuan iaitu di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta tangkapan di Inanam di bawah Seksyen 39 A (1) akta yang sama — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia