Utusan Borneo (Sarawak)

SESB gesa pemimpin masyarakat lapor kegiatan curi elektrik

-

Sabah Electricit­y Sdn Bhd (SESB) menggesa pemimpin masyarakat di setiap kawasan mahupun orang ramai supaya menyalurka­n sebarang maklumat yang melibatkan aktiviti penyambung­an elektrik secara haram di kawasan masingmasi­ng.

Pengurus Besar (Komunikasi Korporat) SESB, Chendramat­a Sinteh berkata SESB amat komited untuk membantera­s aktiviti itu terutamany­a di kawasan setinggan.

“SESB telah menjalanka­n operasi bersepadu di dua buah lokasi di kawasan Sepanggar dan pemeriksaa­n mendapati kawasan berkenaan aktif membuat penyambung­an haram dan wayar-wayar sambungan dirampas,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Chendramat­a berkata op- erasi itu turut mendapat kerjasama daripada beberapa agensi penguatkua­sa lain antaranya Suruhanjay­a Tenaga, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Jabatan Imigresen.

Beliau berkata SESB akan terus melaksanak­an operasi itu secara berkala agar dapat membendung kegiatan berkenaan. — Bernama

 ??  ?? INISIATIF: Pelajar SMK Tansau tidak melepaskan peluang merakamkan kenangan bersama Yusof.
INISIATIF: Pelajar SMK Tansau tidak melepaskan peluang merakamkan kenangan bersama Yusof.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia